Halaman

Rabu, 14 Mei 2014

Penjelasan Isu Hudud v40

Assalamualaikum...

Hudud?. tak sudah2 dengan hudud.. Isu yang lama.. Panjang... Yang masih belum selesai hanya kerana Politik dan 

Ketidakfahaman manusia... 

Ketidakkenalan manusia pada Pencipta Hudud... 

Ketidaksopanan manusia pada Pemberi Hukum.. 

Ketidakkeruan perasaan kepada Pemberi Perasaan..

Itulah isu yang sebenar...

Isu yang dilihat besar tetapi gagal dilihat punca sebenarnya... Gagal dianalisis penyelesaiannya...

Kalau kita rasa nak buang air besar, itu PERNYATAAN MASALAH. PUNCAnya ialah.... (semua orang tahu).. PENYELESAIANnya pula ialah.... Gi jamban, Buang lah... Apa tunggu lagi...

Begitu juga isu hudud, Hudud itu hukum Allah yang wajib dilaksana, itu PERNYATAAN MASALAH, PUNCA untuk melaksanakannya ialah, ketaatan, ketundukan dan kekerdilan kepada Allah yang Mencipta Kita... PENYELESAIAN utk melaksanakan pula ialah?... Fahamkan manusia dengan Allah dan hukumnya lah.... Mudah bukan....

Tapi cikgu, hudud ni wajib... kata seorang yang ada masalah di atas...

Ya.. memang wajib bagi lelaki setiap muslim yang dah 'mimpi' dan perempuan yang dah datang bulan. Tapi ia bukanlah suatu mimpi yang tiada kemustahilan. Hudud mesti realiti, bukan fantasi yang tidak berpijak diatas bumi!..

Ok, cikgu cuba bawa pembaca menelusuri sirah Rasul Shallahu Alayhi Wa Sallam yang menjadi manual perlaksanaan, rujukan dan panduan kita.. Dan ia pastilah Sunnah baginda Sang Rasul Shallahu 'Alayhi Wa Sallam. 

Wahyu arahan Allah turun mewajibkan perintah hudud adalah semasa fasa nabi di Madinah, itulah hakikat. Mengapa turun di Madinah? kerana sewaktu di Madinah, Nabi Shallahu 'alaihi Wa Sallam berjaya mendidik dan memberi kefahaman yang menyeluruh kepada para sahabat dengan Iman dan Taqwa yang teguh tertancap dalam sanubari para sahabat. 

Bila pula nabi Shallahu Alaihi Wa Salam berjaya memahamkan para sahabat?.. 

Ya di zaman Makkah... Fokus da'wah di waktu itu ialah kefahaman, keimanan dan pengorbanan sehingga akhirnya Rasulullah Shallahu Alayhi Wa Sallam berjaya membentuk kerajaan.

Persoalannya ialah... Kondisi kita di mana?... Apakah kefahaman masyarakat kita sudah sampai tahap kefahaman sahabat di zaman Rasulullah?..

Kerana itulah, pembaca yang budiman sekalian... Kerja kefahaman harus dibuat. Dibuat dalam rangka yang sebenar.. Bukan setakat kuliyah, prog umum, ceramah, kempen dsb sahaja, tetapi telusuri hati masyarakat sekeliling kita. Satukan Barisan kita.. Satukan Pemikiran kita... Satukan niat kita hanya krn Allah.. Kerana itu kerja ni lama... Mungkin sampai kubur kite kene korek buat projek kondominium pun xselesai lagi agaknye...

So.... isu hudud ini, apa yang cikgu boleh simpulkan ialah, rentetan dari isu ketidakfahaman muslim itu sendiri terhadap agamanya, apa lagi yang bukan Islam...

Sekadar pendapat insan yang lemah... Buang yang buruk, ambil yang molek....

Wallahu 'alam...