Pengalaman memburu bukan sekadar
meluang masa terluang, tetapi dapat dirasakan nadi kehidupan di dalam nya.
Memburu memerlukan pengalaman yang berpanjangan. Memburu memerlukan niat, fokus
dan konsentrasi yang bersih, betul dan tinggi.
Apa yang saya maksudkan dengan “dirasakan
nadi kehidupan”?..
Setiap nyawa adalah berharga, setiap
nyawa yang Allah ciptakan ada fungsi dan peranan nya tersendiri. Manusia perlu
menghargai nyawa yang sedang diberi Allah kepadanya. Itulah nadi kehidupan
dalam aktiviti pemburuan.
Pelik?.. Apa kejadah memburu ada
nadi kehidupan, sedangkan memburu tu membunuh kehidupan?
Ya. Memang pelik. Kerana ramai orang
merasakan memburu itu membunuh, membunuh itu memburu. Salah!!.. sama sekali
salah…
Dah tu, apa?..
Sabar.. Sabar… Memburu itu merupakan
suatu seni. Seni dalam komunikasi antara satu makhluq Allah dengan makhluq yang
lain. Kerana itu saya mengatakan memburu perlu niat yang betul. Tidak semua
haiwan kita buru, tidak semua hidupan kita buru. Kita buru hanya apa yang kita
perlu. Kita buru hanya apa yang selayaknya diburu.
Kita tidak buru haiwan yang masih
kecil, kita tidak buru sesuatu yang kita tidak perlu. Kerana pemburuan ada
sempadan dan hadnya.
Itulah proses dalam pemburuan.
Sebegitu jugalah pemburuan dalam kehidupan ini. Apa pemburuan kita ketika hidup
di dunia ini?.. Apa yang kita nak kejar dan buru?..
‘Buru’lah Allah dalam kehidupan kita.
Kerana kita perlu Allah, bukan Allah perlu kita. Pilihlah senapang yang betul,
senapang yang sesuai. M16 tak sesuai utk pemburuan kerana M16 utk perang,
pistol tak sesuai untuk pemburu kerana pistol utk jarak dekat. Tapi senapang
patah sesuai utk memburu.
Begitulah kaedah kehidupan, pilihlah
ilmu yang sesuai. Ilmu yang sesuai utk kehidupan ialah ilmu Islam. Ilmu untuk
ibadah ialah ilmu dari Allah dan Rasul mengikut Al Quran dan Hadith.
Seringkali kita tersasar di pintu pemburuan. Sedangkan yang diburu hanya sejarak pensil 2B dengan kita. Selalu kita tak nampak buruan kita, sedangkan Dia amat dekat dengan kita, malah lebih dekat dari salur nadi kita.
Stay focus.. Stay calm.. Stay remember Him.. Because He is so close to you.. Kerana hanya pemburu yang fokus dan berterusan sahaja yang berjaya dalam pemburuannya.
Selamat memburu, kerana seorang
pemburu sentiasa bersedia dan fokus.