Halaman

Khamis, 15 Mei 2014

Perkauman Jangan Jadi Mainan


Cikgu suka bermadah madah
Bermadah kerana ia Da'wah
Bukan benci bukan marah
Hanya penyampai makna2 risalah…

Zaman ini zaman fitnah
Manusia kini gila sudah
Yang keji yang buruk tiada noktah
Habis senegara dikunyah kunyah

Sudah2 lah meniup bara
Takut nanti membakar diri
Cukup2 lah telagah Melayu-Cina
Islam mulia wajib didiri

Perkauman itu bara
Emosi itu Angin
Bila ditiup Angin Dan api
Membara pula hingga membakar

Api itu sifatnya Panas
Angin itu fitrahnya sejuk
Jangan dibiar ia bercampur
Kerna pasti merosak durja

Sejarah lampau sudah terbukti
Menjadi rujukan tidak tersepi
Hanya mata bisa memerhati
Mengapa begitu, Kenapa begini..

Kaji saja mengapa begitu kenapa begini
Tiada rugi andai diketahui
Menjadi resipi duka kehidupan

Yang masih berbaki masa hadapan

Perjuangan bangsa tiada sudah
Menjadi 'wahyu' sesetengah kita
Perjuangan Islam tiada kalah
Hanya kita duduk bersila
Menanti khabar tiada usaha.....

Kuatnya Musuh, Kerna lemahnya kita
Asyik berbalah sesama bangsa
Api perkauman menjadi mainan
Bara agama menjadi Taruhan...

Astaghfirullah... Ya Allah, Ampunkan dosa2 kami...
Dosa bermain api perkauman ini ya Allah
Ampunkan kami yang lalai dalam berjuang
Duduk malas, lambat bertndak..
Otak beku, tandus idea...
Hingga maharaja Zalim berkuasa selamanya..
Menabur fitnah menabur angkara....