Halaman
▼
Sabtu, 10 Mei 2014
Senangkan Hatimu..
Hiduplah hati dengan ketenangan dan kebahagiaan
Ramai orang merasa bahawa kekayaan dan kesenangan membawa kesenangan dan kebahagian bagi dirinya dan keluarganya..
Tetapi tidak semua..
Ramai orang mempunyai rumah yang besar, katil yang empuk, makanan yang lazat dihidang pembantu, tetapi tidak dapat merasa ni'mat rumah besar, makanan enak dan katil yang empuk..
Akan tetapi, ada orang merasa aman, bahagia, lagi tenang walau hanya duduk di rumah yang kecil lagi usang, makanan yang hanya ala kadar dan tilam beralaskan lengan...
Seorang syeikh Arab saudagar minyak, mempunyai kekayaan yang terlampau mewah, tiada anak kerana sakit tulang rusuk.. Sedang syeikh ni membawa keretanya bersiar - siar, lalu di depan pekerja bawahan orang Mesir yang memuji - muji kesenangan dan kemewahan syeikh ini..
Didengarnya, lalu berhenti syeikh ini akan keretanya, turun dan bertanya kepada pekerja bawahan Mesir tadi. "Sudah kahwinkah kamu? tanya syeikh kaya tadi. "Sudah", jawab pekerja bawahan Mesir tadi. "Berapa ramai anak kamu ada?" tanya syeikh kaya sekali lagi lalu dijawab "Ada 3 orang" oleh pekerja bawahan tadi.
Mendengar jawapan pekerja bawahan tersebut, syeikh bertanya sekali lagi dengan nada sedih dan mengharap. "Mahukah kamu aku tukar anak2 kamu dengan segala harta yang aku ada?". Terdiam sebentar pekerja bawahan itu, lalu berkata dengan tegas, "Tidak, aku tidak akan tukar anak2 ku ini walau dengan sebanyak mana harta pun yang engkau berikan!!"..
Hurm....
Hai orang muda... fikirkan kisah diatas... Rezeki yang Allah beri, dah cukup baik utk setiap hambaNya. Cukuplah kita menjadi orang yang hanya pandai bersyukur pada benda yang belum dapat, tetapi jadilah hamba yang sentiasa bersyukur dengan ni'mat yang dah sedia di depan mata bahkan di dalam diri2 kita...
Wallahu 'alam...