Salam Pembuka Bicara...
Buat teman2 perjuangan yang berpeluang ke Perhimpunan BERSIH 2.0. Cikgu dengan tulus dan ikhlas mengucapkan TAHNIAH buat kalian, kerana kalian telah berjaya menyampaikan 'signal' yang jelas kepada Perdana Menteri - Dato' Seri Najib Tun Razak, bahawa beliau akan UNDUR tidak lama lagi...
Telah jelas lagi nyata, pada pengamatan cikgu melalui cerita2 sahih dari kawan2 dan berita2, bahawa Perhimpunan ini telah :
1. DiROSAKKAN oleh gerombolan POLIS dan jenteranya... Pihak POLIS mengasari, menzalimi, memukul, menerajang malah menghina para aktivis BERSIH tak kira lelaki mahupun perempuan!!... Lihat sahaja video ini:
Ini suatu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia!!... Kezaliman yang dilakukan oleh POLIS yang diketuai oleh Kerajaan Zalim!!... Allahu Akbar... Baca komen dari Dato A Samad Said
2. Menghimpunkan lautan PEMUDA dari seluruh pelusuk negara. Pemuda telah bangkit.. Pemuda telah mula menyuarakan suara hati mereka... Pemuda telah faham dan hadam dengan kezaliman Kerajaan Malaysia... Suara Pemuda telah lama dinafikan dan tidak dihiraukan.... Kini, Suara Pemuda menjadi suara keramat... Suara Pemuda telah bangkit dari lena yang panjang... Suara Pemuda menjadi kegerunan dan ketakutan bagi Kerajaan UMNO- Barisan Nasional.... Suara Pemuda bisa menggegar singgahsana Najib sekaligus menjatuhkan dan meranapkan Kerajaan Pimpinan Najib pada bila2 masa sahaja!!!...
3. Menunjukkan dengan begitu menonjol peranan Kerajaan Pimpinan UMNO - Barisan Nasional pengkhianat Titah Tuanku YDP Agong. Daulat Tuanku!!... Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun... Tuanku, mereka inilah pacal2 yang melanggar titah Tuanku... Tuanku, Pacal2 inilah yang mengtongsampahkan titah Tuanku.... Tuanku, Pacal2 inilah yang mentadbir dengan kejam dan zalim terhadap rakyat Tuanku!!...
4. Menjelaskan kepada hati rakyat yang tulus, bahawa Kerajaan Zalim ini sudah pastinya telah jauh menyimpang dari Allah, telah jauh dari keharmonian, telah jauh dari sifat tolak ansur... Telah jauh dari jatidiri leluhur bangsa terindah.... Telah jauh dari norma2 sebagai seorang Hamba Allah yang hina dina... Telah jauh dari persaudaraan dan kesatuan atas nama Islam...
5. Menunjukkan kepada Najib, betapa Gagalnya gagasan 1Malaysia yang beliau canang2kan selama ini dengan penyertaan ramai bangsa Cina, India dan Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ingatlah Najib!!, kami telah bersatu menentang kezaliman mu!!.. Kami bersatu di bawah satu Kalimah, Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah... Betapa ramai rakat yang bertuhankan Kamu, Najib... Berapa ramai rakyat yang menggantung harap padamu Najib, Tapi ingatlah, kamu bukan Tuhan, tetapi ALLAH tuhan kami yang tidak boleh menandingi sesiapapun dan hanya DIA yang layak menjatuhkan kerajaan Zalim dan mengangkat Kerajaan Adil!!..
Akhir kalam, tahniah sekali kepada aktivis2 BERSIH 2.0... Cikgu mendoakan kesuksesan yang berterusan... Semoga 8 tuntutan kita akan didengar dan digarap oleh kerajaan!!..
Ingat!, imarah RAKYAT belum reda dan semakin marak kerana kezaliman kamu wahai Kerajaan Malaysia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan