Halaman

Sabtu, 9 Julai 2011

Cara Nak Untungkan Perniagaan!!...


Salam Pembaca Yang Dirahmati Allah...

Malam tadi cikgu diberi kesempatan oleh Allah, berdiskusi dengan ikhwah2 TSM (Tim Syura Masjid). Akhi Andak sempat bercerita mengenai keadaan seorang peniaga yang hampir bankrap. Peniaga tersebut berjumpa dengan seorang Ustaz lalu bertanya pada ustaz tersebut, "Salam Ustaz, perniagaan saya hampir bankrap. Apa yang perlu saya lakukan??.." tanya peniaga tersebut kepada ustaz itu.

Maka kehairananlah ustaz itu kerana beliau bukan ahli dalam bidang perniagaan untung rugi ini. Lalu dengan kuasa Allah, diberikan Allah ilham kepada ustaz itu untuk meberikan nasihat berguna buat si peniaga. Berkata ustaz itu, " Saudara, beristighfarlah saudara kepada Allah setiap masa dan ketika, InsyaAllah, dengan izin Allah, lepaslah segala tanggungan bankrap saudara”. Tambah ustaz itu lagi “Ana teringat kepada firman Allah di dalam Al Quran yang berbunyi:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً 10يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً 11وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَاراً12 
    
10."Sehingga Aku (Nabi Nuh A.S) berkata (kepada kaumnya): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. 11."(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. 12. "Dan ia akan memberi kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).(Surah Nuh: 10 – 12)

Ikhwah fillah, dengan perasaan gembira, setelah mengucapkan terima kasih kepada sang ustaz, beliau berlalu pergi dan mengamalkan petua ustaz tersebut. Ternyata berhasil!!... Perniagaan nya semakin hari semakin bertambah malah banyak pula keuntungannya!!... Subhanallah… Itulah dia ikhwah sekelian, ‘penangan’ ayat2 Allah, bukan hanya bercanda, tapi kerana kebenaran di kala sempit dan susah. Allah lah tempat solusi nya untuk kita bermunajat dan memohon ampun.


Itulah kesan apabila kita langsung terus beriman dengan ayat2 dan janji2 Allah, tidak kemana kita kalau yakin dengan ayat2 Allah. Semakin yakin kita, semakin Allah menunjukkan kekuasaannya melalui ayat2nya yang terindah… Allahu Rabbi!!...

Oleh itu ikhwah fillah sekalian, jangan lah lepaskan peluang kemasan ini… Mari kita basahkan lidah2 kita dengan istighfar memohon ampun daripada Allah, kerana hanya Dia yang bisa mengampunkan segala dosa2 kita dulu, kini dan selamanya… Jangan lah kita bersikap egois dengan Allah, jika kita egois dengan Allah, Allah lagi Maha Egois dengan kita. Jika kita dekat dengan Allah, Allah lagi Maha Dekat dengan kita!!... Allahu Akbar!!...

Orang muda, susah hati ke xde duit??... jgn risau, Allah pasti bantu Hambanya yang memohon ampun pada Dia… Allah kan Maha Pemurah lagi Maha  Kaya, ya pasti dibantunya kita nanti!!... Jangan susah hati ya… Ceria2 selalu deh!!..

Astaghfirullah... Inna llaha Ghafurur Rahiim....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan