Salam Ikhwah Fillah...
Alhamdulillah, cikgu baru pulang dari Liqo Mingguan, Halaqah Tim Syura Sekolah (T.S.S). Syukur ke hadrat Allah, liqo' dah pun berjalan selama 8 bulan. Berbekalkan keazaman, kesetiaan dan minat yang mendalam pada Islam dan ajarannya, liqo ini terus maju setapak demi setapak semata - mata mengharap Redha Allah yang kekal abadi.
Pada liqo tadi, cikgu telah menerangkan mengenai Makna Kalimah Islam dari segi perbahasan Al Quran. Di sini i.allah, secara ringkas cikgu akan berkongsi pula dengan para pembaca sekalian. Supaya ia menjadi rujukan dan amalan kita seharian.
Memang tidak dinafikan, kita telah lama digelar sebagai seorang Islam alias Muslim. Tetapi kita tidak pernah nak mendekati apakah makna Islam?... Dari mana datangnya kalimah tersebut??.. Apa ada dgn kalimah tersebut??.. Apa pentingnya kalimah Islam tue??..
Ikhwah fillah,
1. Ketahuilah bahawa, perkataan Islam membawa ma'na yang sangat indah, sangat harmoni dan merupakan kalimah teragung. Mengapa cikgu katakan demikian??.. kerana Allah sendiri dengan kalimahnya di dalam Al Quran berfirman:
Maksudnya: dan tidak ada Yang lebih baik ugamanya daripada orang Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.(An Nisa': 125)
Lihat saja kalimah Allah ini, Allah sendiri menerangkan tetntang makna kalimah Islam, kalimah ini terbit dari kalimah "As Lama" yang membawa maksud menyerah diri @ menundukkan wajah kepada Allah.
Itulah makna Islam, Islam ialah agama yang menundukkan wajah dengan menyerahkan diri bulat2 kepada Allah. Apakah bisa pandangan2 mata kita ditujukan kepada awek2 dan perempuan2?.. sedangkan Allah menghendaki kita menundukkan pandangan hanya untuk Allah??.. Mana kita nak letak wajah kita ini bila kita memandang sesuatu yang haram?..
Itulah doa kita seharian, doa iftitah yang kita baca seharian di dalam solat, "Inni wajjahtu, wajhiya liladzi fatharas samawaati wal Ardh" = Sesungguhnya aku hadapkan wajahku kepada yang memiliki kerajaan langit dan bumi...
Sebegitu juga lah yang Allah firmankan dalam firmanNya yang lain:
أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُ ۥۤ أَسۡلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعً۬ا وَڪَرۡهً۬ا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ
Maksudya: Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.(Ali Imran: 83)
Apakah bisa kita mengambil cara hidup selain Islam sedangkan sekalian makhluq di langit dan bumi ini tunduk patuh kepada Allah tuhan sekelian Alam??. Itulah Islam, cara hidup yang menuntut kita supaya sentiasa tunduk dan patuh kepada hanya Allah S.W.T semata - mata.
Ikhwah fillah,
Selain daripada munundukkan wajah dan berserah diri patuh dan tunduk kepada Allah, Islam juga telah didefinisikan oleh Allah SWT sebagai suci dan BERSIH. Sebagaimana firmannya dalam Surah Assyu'ara' ayat 89:
إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬
Maksudnya: Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
Kalimah "Saliim" membawa erti selamat, suci dan bersih. Islam memang memerintahkan Umatnya agar sentiasa dalam keadaan suci. Hendak solat wajib ambil wudhu', selesai junub wajib mandi, sebelum solat Jumaat disunat mandi. Inilah Islam, bukan sekadar memBERSIHkan luaran umatnya, tetapi menyucikan hati dan sanubari manusia.
Islam juga merupakan cara hidup yang sentiasa mengajak kepada kebenaran, persaudaraan dan sentiasa mendoakan saudaranya dengan keselamatan dan kesejahteraan. Itulah yang Allah SWT tuntu sebagaimana firmannya:
وَإِذَا جَآءَكَ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِنَا فَقُلۡ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمۡۖ كَتَبَ رَبُّكُمۡ عَلَىٰ نَفۡسِهِ ٱلرَّحۡمَةَۖ أَنَّهُ ۥ مَنۡ
عَمِلَ مِنكُمۡ سُوٓءَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ ثُمَّ تَابَ مِنۢ بَعۡدِهِۦ وَأَصۡلَحَ فَأَنَّهُ ۥ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Maksudnya: Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): Bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian dia bertaubat sesudah itu dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.( Al An'aam: 54).
Inilah intipati sebenar Islam, Islam tidak mengajar supaya kita menjadi zalim terhadap orang lain. Islam mengharamkan kezaliman berlaku walau sedikit pun di bumi Allah ini. Akan tetapi, manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri dengan menutup pintu hatinya dari melihat kebenaran. Sedangkan Allah menyeru kita supaya sentiasa mengucapkan perkataan yang baik lagi menyenangkan hati pendengarnya. Yang bisa melunakkan hati2 kita mengingat Allah SWT.
Ingatlah Ikhwah Fillah,
Rahmat Allah maha luas buat hamba2nya yang sentiasa memohon ampun dan kemaafaan daripada Allah. Marilah kita bersama mencari Redha dan Rahmat, bukan balasan pahala yang cikgu dambakan, tetapi cita - cita melihat wajah Allah itulah kita cari selama ini!!...
Orang muda, ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat kita, sentiasa meninjau samada kita faham apa itu Islam atau tidak... Atau apakah sedang umur yang lanjut gagal memahami apa itu Islam bisa merasa diri nya sedap dan seronok dari dihitung oleh Allah??.
Allah, itulah sebahagian tulisan cikgu untuk kali ini. I.allah lain kali boleh,,,, Wallahu 'alam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan