Salam Pembaca Beriman...
Kini, politik di Malaysia menampakkan kejengkelan apabila berlaku kezaliman dan ketidakadilan. Lihat saja beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa kerat pemimpin tertinggi negara. Sekejap kata lain, sekejap kata lain.
Rakyat semakin muak apabila janji2 yang dikeluarkan tidak dilunaskan oleh kerajaan. Sebagai contoh, dalam isu perhimpunan BERSIH 2.0. BERSIH melalui pengerusi tetap dengan pendirian ingin mengadakan perhimpunan walau telah dihalang oleh sekutu2 polis, Patriot dan juga Perkasa.
Najib pula dalam kenyataan awalnya membenarkan perhimpunan ini dan merelakan ia dibuat di mana2 stadium. Tetapi hasilnya, tetap tidak membenarkan. Baca saja tulisan ini, sudah pasti anda juga pening dan tak keruan. Tidak tahu mana satu yang benar, mana satu yang salah...
Apa yang cikgu lihat adalah, BERSIH merupakan satu perhimpunan yang melibatkan 62 gabungan NGO yang sudah sedia berdaftar, dan ia bukan satu pertubuhan!!... Ia adalah perhimpunan AMAN, kenapa ramai pihak yang takut dan merasa terancam dengan perhimpunan ini??..
Kalaulah Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk bertemu dengan Ambiga, Dato A Samad Said, mengapa harus dihalang??.. Sedangkan pihak penganjur telah akur dengan titah Tuanku??.. kenapa pencacai2 ini mahu bising perhimpunan ini diadakan??..
Kenapa susah sangat nak faham titah tuanku yang senang lagi mudah itu??.. Keadaan ini jelas menunjukkan sifat sebenar pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia. Mereka gagal meletakkan titah tuanku sebagai titah yang teratas dan wajib dipatuhi.
Sebelum ini, gabungan BERSIH telah dilihat hanyalah sebuah gabungan biasa2 saja, dan bebas untuk berunding dengan pihak SPR, tetapi apabila gabungan ini telah disokong 100% oleh Pakatan Rakyat, makin menggelabah juak2 pemerintah Malaysia dan disokong dengan kenyataan2 berbaur perkauman dari beberapa pihak...
Sedarlah rakyat Malaysia, perhimpunan ini akan AMAN jika tidak melibatkan kekerasan dan kekangan pihak berkuasa - POLIS dan kerajaan Malaysia...
Malam ini, juga berkesempatan meninjau sekitar Meru, jalan2 utama dari Meru ke Kuala Lumpur telah dikawal ketat oleh Pasukan Polis, setiap kenderaan yang lalu pasti akan di soal kemana arah tujuannya...
Begitu takut kerajaan menggunakan Polis sehingga kebebasan rakyat disekat sebegitu rupa. Dinafikan hak untuk berhimpun, untuk mengeluarkan pendapat, untuk melihat pilihanraya Malaysia semakin adil... Terima kaseh kepada media2 dan parti pemerintah Malaysia yang telah mempromosikan perhimpunan ini (walau tidak suka).
Kerana rakyat dahagakan berita2 yang benar, dan kami mahukan keadilan bukan kebobrokan sesetengah pemimpin yang memenuhkan kocek mereka dengan habuan RM dan projek!!... Dan telah jelaslah mereka takut kehilangan kuasa pada PRU 13 nanti!!..
Satu lagi hakikat yang mesti diterima ialah, jikalau Ibrahim Ali dan Pihak Polis mendakwa BERSIH adalah pertubuhan haram, bagaimana pula status PATRIOT??.. Halalkah atau haramkah??.. Bagaimana boleh dilepas bebas mereka ini sebegitu saja?/..
Orang muda, bangkit dan lawanlah kezaliman walau dalam keadaan apa sekalipun. Kezaliman wajib dijatuhkan dan optimis kita hanya mengharapkan Allah bisa membantu perjuangan kita... Ameen...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan