Salam Pembaca Beriman...
Sejak dua menjak ini, cikgu agak banyak berbicara soal politik dan kurang berbicara soal tarbiyyah dan da'wah... Maaf dipinta, kerana keutamaan kita sekarang adalah meningkatkan kapasiti da'wah dan tarbiyyah kita hingga sukses dan diredhai Allah.
Baiklah, cikgu teringat satu kisah di zaman Rasulullah yang sangat berkaitan dengan tajuk yang cikgu ingin sampaikan. Sewaktu perang Tabuk, Rasulullah telah melaungkan da'wah seruan kepada semua masyarakat Muslim sewaktu itu untuk turut serta berjihad di medan Tabuk.
Tabuk adalah kawasan yang jauh dari kota Madinah dan memerlukan pengorbanan dan kesusahan untuk ke sana. Umat Islam langsung diuji dalam medan ini, dan mereka dengan berbekalkan keimanan yang mantap yang telah dibina oleh Rasulullah, tetap bersemangat untuk menyahut panggilan jihad di Tabuk.
Akan tetapi, Rasulullah meminta Sayyidina Ali Bin Abi Talib K.W untuk tetap tinggal di Madinah walaupun Ali keberatan untuk menurut perintah Rasulullah SAW.
Persoalannya ialah, mengapa Rasulullahmeminta Ali untuk tetap tinggal di Madinah sedangkan keadaan semasa itu mendesak untuk mereka keluar di jalan jihad??..
Sudah pasti kerana tarbiyyah dan da'wah.... Rasulullah tidak pernah lupa untuk mentarbiyyah kaum Muslimin di Madinah. Rasululah meletakkan tarbiyyah dan da'wah paling utama dalam proses pembinaan umat muslim dan mu`min.
Kita tidak boleh hanya kerana jihad, meninggalkan da'wah dan tarbiyyyah... Da`wah dan tarbiyyah wajib diteruskan walaupun sebahagian pergi berperang.. Begiu juga dalam perjuangan membela Islam, perlukan pengorbanan dan persiapan kita dalam jamaah.
Orang muda, semangat tak nak g BERSIH nie??.. tapi jgn sume pergi, dakwah n tarbiyyah sape nak jalankan?...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan