Alhamdulillah, cikgu panjatkan kesyukuran. Atas limpah kurnianya, Dia memberikan kekuatan untuk terus menaip diatas papan kekunci keyboard laptop ini.
Dalam melayari bahtera umat, terkadang ada ombak yang datang dan kadang ada masa air tenang di lautan. Apabila bahtera dilanda badai, ramai juga anak2 kapal yang tercampak keluar ke laut dan ada juga yang dapat bertahan. Golongan yang tercampak ke laut sudah pasti disebabkan mereka tidak kuat dan tidak cukup persediaan untuk belayar manakala golongan yang bertahan sudah tentunya golongan yang cukup bersedia dan bertahan untuk menghadapi onak dan badai.
Ikhwah fillah, itulah permisalan yang cikgu rasa paling tepat untuk menggambarkan gambaran sebenar dunia da'wah dan tarbiyyah. Dunia yang penuh dengan ranjau dan duri, dunia yang pastinya tidak menjanjikan karpet merah dan iringan kompang sebagai sambutan, dunia yang penuh dengan dugaan Allah untuk menguji siapa kita dan adakah kita beramal dengan amalan yang terbaik.
Firman Allah SWT:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُور٢
Maksudnya: Yang menciptakan kematian dan kehidupan hanya semata untuk menguji kamu dimana diantara kamu yang paling BAIK amalannya. (Surah AlMulk:ayat 2).
Dalam tulisan kali ini, cikgu akan membawa pembaca mengenali cabaran2 mendatang kepada seorang daie di dalam dunia penuh ranjau ini. InsyaAllah. Dalam semangat kita membina Islam di dunia ini, disana akan terbit bebagai - bagai cabaran mendatang. Cabaran yang pertama sekali adalah cabaran dari dalam diri sendiri.
Seorang daie pasti akan teruji dirinya. Tidak kira dimana dan bila - bila masa pun, dirinya pasti akan teruji dengan:
1. Nafsu yang melebihi akal.
- Allah SWT menciptakan setiap manusia mempunyai nafsu dan akal, nafsu adalah keperluan. Akan tetapi ia akan menguasai diri apabila digunakan dengan berlebihan dan tidak terkawal. Dengan sebab inilah Allah menciptakan setiap manusia mempunyai akal. Akal yang disemai baja iman sudah pasti akan menyelamatkan nafsu yang sedang buas dan mula memberontak. Apabila nafsu melebihi akal, maka seorang daie akan hilang pertimbangan sehingga apa yang dilakukan menjadi fitnah kepada Islam.
Firman Allah:
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.(Surah Yusuf: 53).
2. Jauh dari Allah.
- Seorang daie apabila mula meninggalkan tilawah hariannya, mula meninggalkan halaqah mingguannya tanpa sebab, mula meninggalkan solat berjemaah di masjid, mula berjinak2 dengan sosial2 yang kurang sehat (couple dsb), mula meninggalkan qiamullailnya, mula bermalas - malasan untuk beribadah, mula rapat2 dengan muzik2 dan lagu2 yang melalaikan hati dari mengingat Allah, saksikanlah bahawa itu petanda bahawa seorang daie sudah mula menjauhi Allah dan bahana2 orang2 kafir sudah mulai meresap di dalam jiwanya, tipu daya syaithan sudah mulai mekar di sanubarinya dan itulah berita gembira buat musuh2 Islam!!...
Suatu kisah ketika peperangan Salib yang diketuai oleh Panglima Islam terulung Salahuddin Al Ayubi berlaku, setiap malam sebelum peperangan, Sang Panglima akan memeriksa setiap khemah bala tenteranya. Sang Panglima akan memastikan setiap khemah melakukan Qiyamullail (solat tahajjud dsb) dan tilawah Al Quran. Golongan inilah yang akan diletak di barisan hadapan prajurit perang Islam. Tetapi apabila Salahuddin mendapati ada khemah yang gelap tidak melakukan ibadah, dia lantas berkata "Min Huna Tabda'ul Khazimah!!" - Dari sinilah akan bermulanya kehancuran Islam!!...
Ikhwah fillah, di kesempatan ini, cikgu cuma dapat menghidangkan 2 faktor utama dilema seorang daie. Disana banyak lagi faktor mengapa da'wah kita tidak berjaya, tetapi 2 faktor inilah yang paling utama.
Kesimpulan yang kita boleh simpulkan disini, marilah terus kita beramal, berda'wah dan terus mengajak manusia ke jalan Allah, tingkatkan kapasiti kita sebagai hambaNya, naikkan kemuliaan Islam dalam diri kita dan mari sama - sama kita dekatkan diri kepada Allah supaya Nafsu bisa dikawal dengan indikator Iman dan Taqwa.
Orang muda, sudah bersediakah kita berjihad di jalan Allah..??.. musuh kita sentiasa menanti2 bila Islam akan dilanyak dan dilenyek untuk di musnahkan sedang kita masih dalam buaian mimpi bersama empuknya bantal dan dinginnya selimut... Ayuh bangkit!!.. Bebaskan diri dari selesa dan sedap berterusan!!... Jika kita tidur kerana selesanya tilam dan bantal, ingatlah bahawa musuh Islam juga sentiasa selesa tidur kerana kita tidak memperjuangkan Kalimah2 Allah....
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ
تُظْلَمُونَ60
Maksudnya: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). (Surah Al Anfal:60).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan