Halaman

Ahad, 19 Jun 2011

Unta...

Salam ikhwah fillah...

Alhamdulillah, semalam cikgu berkesempatan membuat khidmat di Zoo negara. Program sukarela anjuran Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SMK Meru... Tahniah buat semua barisan guru dan pelajar yang telah menyertai....

Alhamdulillah, syukur lillah... Memang sifat orang beriman wajib mengambil iktibar dari apa yang dilihatnya... Setiap apa yang dilalui, dirasai dan dilalui harus difikir, dianalisis dan seterusnya dikembalikan natijahnya kepada Allah supaya dapat dipelajari sekaligus menambah IMAN dan TAQWA kepada Allah...

Unta adalah satu makhluk dari makhluk2 Allah yang hebat, gagah, kuat dan sabar... Semalam juga, cikgu duduk lama depan unta semata2 untuk memikirkan satu ayat Allah mengenai unta... Ayat nya seperti berikut:

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ ڪَيۡفَ خُلِقَتۡ
Maksudnya: Apakah mereka tidak melihat bagaimana anak unta dilahirkan?.. (Al Ghasyiyyah:17)

Begitu tinggi dan hebat unta ini kerana nama spesis ini diukir oleh Allah di dalam kalamNya yang Maha Agung...

Dari sedikit pemerhatian cikgu mengenai unta semalam, spesis makhluk Allah ini adalah:

1. Sifat sabar yang tinggi.

- Unta sangat sabar. Spesis ini sanggup menunggu kawan mereka yang lain habis makan kemudian baru lah mereka makan. Tiada pergaduhan, tiada perebutan, dan sangat harmonis.

Pelajaran: Kita sebagai manusia juga harus begitu, sabar menghadapi ujian Allah... Tidak merungut, tidak menyesal dengan apa yang Allah berikan.

2. Sifat rajin 
 -  Menurut kajian, unta walau dalam apa keadaan, akan bangkit dari tidur setiap hari sebelum subuh menjelang dan tidak akan tidur selepas subuh.. Sangat menakjubkan kerana ini ialah sifat sebenar orang rajin dan orang2 yg ingin kejayaan berterusan.

Pelajaran: Orang yang rajin ialah orang yang bangun sebelum subuh dan tidak tidur selepas subuh... Kita??..

3. Sifat Bertolak Ansur
- Sepanjang pemerhatian cikgu pada unta di zoo kelmarin, Unta tidak pernah berebut makanan dengan unta2 yang lain. Mereka akan bergilir makan dan memberi laluan kepada rakan lain apabila rakan lain hendak makan. Sifat ini sangat baik untuk menjadi iktibar kepada kita sebagai manusia yg lagilah mulia kerna dikurniakan akal oleh Allah berbanding unta..

Pelajaran: Manusia yang tidak tahu dan tidak mahu bertolak ansur lebih teruk dari unta!!..
 
Cikgu teringat cerita dari Dr Abd Rani Osman - sekarang ADUN Meru semasa cikgu kecil dulu,

"Kuda dan unta pernah berlumba di padang pasir yang tandus lagi gersang, kuda memang laju dan sampai cepat di garisan penamat, unta pula perlahan dan sampai lewat sedikit berbanding kuda, akan tetapi, sesampai di garisan penamat, kuda terus mati menemui ajalnya manakala unta boleh lagi meneruskan larian"

Pelajaran: Tirulah seperti unta, kerana unta adalah binatang yg 'slow and steady'. Begitu juga kehidupan manusia, gerak kerja kita harus berterusan (istimror) dan terus bertenaga (tajarrud) seperti unta, jangan hy tahu siap tetapi hentam keromo. 

Orang muda, bile nak mula bekerja untuk ISLAM??.. Apakah kita mahu diletakkan lebih teruk berbanding UNTA @ binatang?.. Tumpukan kerja seharian kita hy demi Allah dan kelangsungan da'wah Islamiyyah, kalau tak kita pasti di samabariskan dengan haiwan, hy tahu berseronok, makan, cari rezeki dan memberi keperluan perut dan nafsu!!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan