Halaman

Jumaat, 17 Jun 2011

Berhimpunlah Kerana Allah...

Salam untuk semua....

Cikgu terpanggil utk memberi sedikit komentar berkaitan 1 kemelut yang melanda negara pada waktu terdekat ini...

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 PADA 9 JULAI 2011...

Cikgu amat menyokong perhimpunan tersebut...

Maka bersorak bagai lah seluruh penghuni Malaysia bila diumum Pengarah Perhimpunan yang juga Pengerusi Persatuan Peguam2 Malaysia bahawa perhimpunan akan diadakan pada 9 Julai 2011...

Bertambah seronok lagi apabila, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Dato' Harun Taib mewajibkan kepada semua ahli PAS untuk hadir ke perhimpunan bersejarah ini...

Maka bersorak bagai lah, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein - Menteri Dalam Negeri dan Dato' Sri Khalid Abu Bakar melarang umat Malaysia dari turun ke perhimpunan dan sesiapa yang mempunyai bibit2 perhimpunan akan dikenakan tindakan oleh Umat Polis (rujuk Sinar Harian - 16 Jun 2011).

Cikgu juga agak hairan dengan kenyataan mereka yang memberikan alasan bahawa, byk lg cara lain utk melahirkan bantahan kepada Kerajaan, antaranya berhimpun di Dewan... Hurmmm.. Agak pelik kerana adakah logik perhimpunan yang bakal dihadiri oleh lebih dari 300 000 rakyat ini dibuat di dewan yang sudah pasti kapasiti nya kecil?...

Juga alasan mereka mengatakan bahawa, perhimpunan boleh menjejaskan perniagaan di sekitar tempat berhimpun... Pelik... Kerana pada hari itu, Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan lebih 300 000 rakyat??.. masakan dalam 300 000 orang tu xsinggah kedai2 kt Kuala Lumpur tue??..

Yang terbaru, Pemuda UMNO melalui Ketua nya - Saudara Khairy Jamaluddin pula telah membuat keputusan untuk turut sama berhimpunan atas kapasiti sebagai rakyat yang prihatin kepada negara dan pilihanraya Malaysia.

PERKASA juga, melalui Presidennya, Dato' Ibrahim Ali menegaskan untuk berhimpun tetapi berbeza nada dengan rakan seperjungan mereka - Pemuda UMNO, PERKASA berhimpun kerana membantah perhimpunan BERSIH 2.0 ini!!.. Sangat pelik lagi dangkal Dato' seorang ini... Mereka membantah berhimpun tetapi dlm masa yg sama berhimpun juga untuk membantah perhimpunan.

Haih... apa nak jadi dengan iman kita ini ya??.. Berbolak balik tanpa merujuk kepada wahyu Allah...

Ok, baiklah... Kite luruskan kusut masai politik negara ini... Kite luruskan saf, bentuk semula pemikiran kita hy untuk Islam dan hy kerana Allah semata2...

Ikhwah yg dikasihi, hak berhimpun adalah hak dan suara keramat rakyat yang sangat prihatin dengan keadaan negara yang makin meruncing... Rakyat tidak boleh dihalang untuk menyatakan suara... Telah banyak suara2 rakyat dihalang dan diperlekeh oleh kerajaan... Dan terlalu banyak suara2 sumbang kerajaan mempersenda dan mempermain suara Rakyat... Ini telah memberi implikasi mendalam kepada rakyat, lalu rakyat bangkit untuk menyuarakan suara mereka di jalanan... Persoalannya. dimana salahnya Rakyat??..

Sebenarnya, alasan kekacauan dan kerosakan yang diguna pakai oleh pihak pemerintah adalah dangkal dan tidak releven sama sekali. Kerana apa??.. Kerana kekacauan dan kerosakan dicipta dan dibuat oleh pihak pemerintah sendiri!!!... Tujuan Rakyat berhimpun adalah untuk keamanan langsung menyampaikan hajat mereka secara aman untuk pemerintah... Itu sahaja... Rakyat bukan perosak, tetapi apabila byk sekatan dibuat dalam erti kata lain tidak demokratik, rakyat akan bangkit.... Persoalannya ialah, siapa yang merosak dan siapa yang mengacau???.. Siapa yg menggunakan FRU utk membelasah rakyat?... Siapa yang melancarkan tembakan air asid kepada rakyat??.. Di mana demokrasi dan di mana kebebasan bersuara??..

Orang muda, bangktlah menentang kezaliman.... Jangan duk duduk jadi penonton menggemukkan lemak di punggung tanpa ada fikir dan rase empati akan nasib diri sendiri, kawan2, keluarga dan masyarakat di bumi merdeka ini!!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan