Halaman

Ahad, 19 Jun 2011

Tahniah YB Dr Hj Abd Rani Osman..

Salam Buat Semua Pembaca...

Ucapan khas cikgu sampaikan buat Yang Berhormat Dr Haji Abd Rani Osman - Ahli Dewan Undangan Negeri Meru atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Selangor. Tahniah cikgu ucapkan...

Boleh cikgu katakan disini, cikgu mengenali YB sejak dari kecil... Teringat semasa tahun 1996, YB lah (masa tu belum digelar YB lagi) yang mengkhatankan cikgu sewaktu darjah 4 ketika itu...

Teringat juga cikgu semasa tahun 1998, selepas UPSR. Alhamdulillah, cikgu mendapat keputusan yang baik dan dapat 2 tawaran, satu sekolah asrama penuh dan satu lg sekolah agama hishamuddin sg berteh semasa tue. Dan satu hari, Dr Rani lalu di tepi cikgu di masjid seusai solat Zohor di masjid Meru lama, kemudian beliau minta cikgu datang ke rumah beliau. Cikgu xsempat nak tanya sebab apa, sesampai di rumah beliau (bersama abang cikgu), Dr menasihati cikgu untuk memilih sekolah yang mana... Dr menasihati cikgu utk memilih sekolah agama.

Terima kaseh Dr, alhamdulillah, berkat nasihat Dr Rani, cikgu jadi apa yg cikgu jadi sekarang. Inilah dia pemimpin yg harus dicontohi, sangat mesra dengan rakyat bawahan tidak mengira dah ada kuasa atau tidak, kerana pemimpin yg baik sentiasa berda'wah tidak kira ada kuasa atau tidak..

Sekarang, Dr Rani memegang jawatan yang lebih tinggi. Sudah tentu perlu bimbingan dan nasihat dari orang bawahan.

Buat YB,
- Jawatan ialah amanah yang wajib dilaksanakan kerana Allah, tidak mengharap apa2 balasan...
- Teruskan perjuangan YB untuk mengenalkan masyarakat kpd Allah, kerna dengan mengenal Allah, manusia akan pasti sokong Islam dan perjuangannya...
- Teruskan tarbiyah dan da'wah YB, wujudkan halaqah2 dan liqa2 tarbawiy terutama di kawasan Meru, Kumpulkan pemuda supaya nanti bisa melonjak YB ke persada kejayaan Islamiy!!...
- Isilah hati2 para pejuang YB (rijal2 da'wah) dengan isian IMAN, TAQWA, dan kenal ALLAH... Agar YB tak keseorangan di 'singgahsana' jawatan sana.

Tahniah sekali lagi buat YB kite... Moga Allah memberi kekuatan dan kemenangan kepada YB dan barisan RIJAL DA'WAH nya... Ameen...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan