
Salam,
Tadi tengahari juga cikgu berkesempatan solat Jumaat di Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan... Cikgu pernah belajar di sini dalam tahun 2003 (selepas spm) dan 2004 (selepas tamat kolej matrikulasi)..
Belajar xlama, cuma sebulan lebih je pade mase tue... Byk perubahan di pondok nie, nama pondok dah ditukar ke Institut Islamiah Al Bakri Pasir Tumbuh... Gmbar sebelah merupakan masjid utama Pondok ini dan byk berbeza berbanding dulu...
Terkenang kembali semasa belajar di sini, dengan kitab2 lama - Bughyatu tTulab (kitab feqh Melayu), Iqna' (Kitab feqh Arab), Matan Alfiyah (belajar dengan Almarhum Ustaz Atiqullah), dan byk lg nk disebut...
Ape yg penting ialah, cikgu sgt rindu suasana Islam di sini... Suasana sentiasa mengingati Allah, berbeza dgn suasana di tempat lain... Setiap hari jumaat - Negeri Kelantan cuti, solat subuh akan di imamkan oleh pengasas pondok - Al Ustaz Haji Hashim, org nya tua mencecah 80an lebih, tetapi punya kekuatan seperti org muda dan cukup bertenaga membawa surah AsSajdah dan Al Insan (full) dalam solat subuh.
Selesai solat dan wirid subuh jumaat yg panjang, Ustaz akan pergi menziarahi pekuburan dan membuat ghatik (tahlil ringkas) beramai2 bersama pelajar.. Pada masa tue, sebelum Ustaz Hashim sampai di kuburan, cikgu akan pastikan selendang yang cikgu pakai dah siap dibentang di salah sebuah pondok di hujung kubur supaya Ustaz Hashim boleh duduk utk ambil berkat beliau sbg tn guru....
Sesi pengajian di sini sgt seronok, sgt bersuasana ilmu, sgt merangsang jiwa utk terus beribadah dan beramal dgn apa yg kite pelajari... Stiap kali selepas subuh, nahu dan saraf Bahasa Arab akan sentiasa menetap di bibir utk disemak oleh Ustaz~ afwan, lupa namanya... Faala, faalaa, faaluu, faalat, faalata, faalna~.... Sgt seronok walau ustaznye mcm garang...
Di pondok ini, peraturan pemakaian mmg agak ketat, pelajar tidak boleh berseluar, wajib memakai kain pelikat dlm setiap keadaan - walau keluar ke bandar.. Setiap waktu solat wajib berjemaah di masjid atau di balai soh (madrasah)... Dan wajib berserban atau sekurang2 nya berkopiah...
Di sini juga cikgu sempat di ijazahkan 2 benda:
1. Cara melilit serban ala wali2 dan
2. Bacaan Ratib Haddad yg di ijazah sendiri oleh As Syeikh Nuruddin AlBanjari Al Makki - Ulama terkenal dari Indonesia....
Sekarang, zaman tue dah berlalu, dan cikgu sgt mengharap ada kesempatan utk belajar kembali di pondok ini.... I.allah satu masa nanti... Ameen...
Yg penting skrg ialah, pengamalan /pengulangan ilmu yg dah dipelajari dan di terapkan kepada binaan2 di bawah kite dlm sarana Halaqah, Dauran mahupun Liqo mingguan....
Pemuda... Ade berani ke nak belajar di Pondok??.. I.allah... Orang muda ok jer.... Demi Islam tercinte kok!!...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan