Abah ku pernah berpesan, dgr lah kate2 org alim.. krn org2 alim berkat ilmu nya...
Cikgu baru balek dari kuliyyah mingguan tuan guru nik aziz di Kota Bharu tadi pagi, 1 pujian buat kerajaan negeri Kelantan juga Menteri Besar nya - Tuan Guru Dato` Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berjaya mendidik warga Kelantan ttg kepentingan menuntut ilmu walau kt mane2 pun...

Pesan Tn Guru:
1. Negara Berkebajikan bukan hy semata2 pemberian wang kepada rakyat, akan tetapi adalah penerapan nilai IMAN dan TAQWA.. Beliau memulakan dengan membaca sepotong ayat Al Quran Surah Al Baqarah ayat 177:
۞ لَّيۡسَ ٱلۡبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ قِبَلَ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَلَـٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ وَٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ وَءَاتَى ٱلۡمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآٮِٕلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّڪَوٰةَ وَٱلۡمُوفُونَ بِعَهۡدِهِمۡ إِذَا عَـٰهَدُواْۖ وَٱلصَّـٰبِرِينَ فِى ٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلۡبَأۡسِۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ (١٧٧)
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa. / (177)
Beliau membaca ayat diatas dan diikuti oleh ratusan (rasenye ribuan) hadirin lantas bergema ayat Allah ini di tengah kesibukan Bandaraya Islam Kota Bharu.. Hati cikgu memang tersentuh.. Allahu Akbar..
Ternyata seorang Menteri Besar, Pemimpin Negeri bisa mengajar rakyatnya dengan kesederhanaan yang meruntun jiwa... itulah murabbi yang sebenar...
Tn Guru menjelaskan, ayat inilah sebenarnye konsep negara berkebajikan yang dilaungkan PAS selepas dari muktamar minggu lepas...
2. Teruskan kerja kita mengenalkan masyarakat kpd Allah, xkire Melayu, Cina, India atau lain2... Itu kerja kita.. PAS hy lah 1 wadah untuk berkerja mengenalkan masyarakat kepada Allah...
Teruskan kerje kite, jgn terlalu berpolitik hingge lupe yg kite adalah milik Allah sepenuhnya... Daie adalah seperti pokok, kite boleh kenal jenis pokok dgn melihat jenis daunnya, tanoe daun, pokok xdpt dikenali... begitu juga daie, dpt dikenal dgn IMAN, TAQWA dan IBADAHnya... Tanpa 3 perkara tersebut, xde beza lah kite - daie dgn org lain.... Bende tue lah yg akan kite sembahkan pd Allah dn Allah akan nilai kualitas amal kite....
3. Wahyu pertama yang diturunkan buat Rasulullah (Surah Al Alaq: 1-3) adalah berupa wahyu untuk semua manusi xkire Melayu, Cina, India dan sebgnya... Al Quran bukan hak eksklusif org Melayu, Al Quran adalah HIDAYAH, BIMBINGAN dan PETUNJUK kepada semua umat manusia... Malu apa UMNO nak amalkan Al Quran?? Soal Tuan Guru dgn nada serius trhdap kepincangan UMNO dan sekutunya...p
Itulah pesan tn guru yg dapat cikgu garab, walaupun byk lg (mgkin pd lain kesempatan).. Itulah juga konsep sebenar negara berkebajikan yg sememangnya tuntas, persis lagi tepat dengan Al Quran..
Bukankah Al Quran kitab bagi perundangan tertinggi bagi sebuah negara Islam??.. Fikirkan lah wahai orang muda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan