Salam..
Politik Malaysia menampakkan keseriusan apabila Dato' Seri Najib sudah mula mengeluarkan ucapan membela Islam pada majlis perasmian Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di Putrajaya hari ini.
Beliau menunjukkan kesungguhan utk membenteras gejala rasuah yang melanda umat Islam masa kini (terutamanya "Parti Pimpinan Beliau"). Ini adalah satu perkembangan positif, kita boleh bergembira dengan hal ini kerana Presiden "Parti Pimpinan Beliau" ini sudah mula mengopek pekung di dada...
Semakin mereka bercakap mengenai Islam, semakin tinggi keghairahan rakyat untuk 'menghumban' mereka dalam pilihan raya ke 13 nanti...
Sememangnya, bercakap dan beretorik memang mudah untuk diucapkan dgn lidah, akan tetapi, pijak lah realiti, lihatlah tanah yang kite pijak, sudah bersihkan "Parti Pimpinan Beliau" ini dari calitan dan palitan rasuah??.. Sudah pantaskah "Parti Pimpinan Beliau" membela Islam sewajarnya di Malaysia ini??.. Sudah cukupkah dakwah yang dijalankan oleh "Parti Pimpinan Beliau" ini???..
Apakah rakyat sudah meninggalkan material, maksiat, dunia, kronisme, duit, projek, kuasa dan jawatan yang bersarang berbanding Allah di dalam HATI dan SANUBARI mereka??.. Sudah cukupkah kerajaan "Parti Pimpinan Beliau" ini memateri IMAN dan TAQWA di hati rakyat selama mereka berkuasa??..
Buat YAB Dato' Seri Najib, org muda mahukan perubahan, kami xmahu membangkang kalian sbg kerajaan, tetapi REALITI DI BUMI NYATA membuatkan kami wajib bersuara menegur kalian sebagai pemerintah PUSAT!!...
Orang muda... Amacam??.. Dah berani bersuare ke tidak??.. Kalau tak, duk je la rumah main facebook atau main game je....
Jangan jadi orang muda pemutus RANTAI DAKWAH Rasulillah SAW.... Na'uzubillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan