sambungan dari siri II..... Untuk membaca siri II, klik sini..
Kemudahan adalah salah satu semangat Islam, tentunya mesti semangat menjalankan tarbiyah. Dalam menjadi murabbi pun, kita berpegang pada semangat itu. Kalau urusannya mudah, mengapa mesti disusahkan.
Bagi sebahagian yang lain, terutama yang belum mencuba dan hanya boleh membanyangkan, barangkali pekerjaan menjadi murabbi adalah susah. Seperti orang yang belum pernah mencuba menaiki basikal melihat orang lain lalu lalang berbasikal. "Boleh ek?.. Apesal tak jatuh ek??.. Roda basikal bukan 2 je ke??.. Nak seimbang badan kan susah, kalau jatuh kan sakit?.." Padahal, kalau orang yang berbasikal tadi ditanya bagaimana menaiki basikal, sudah pasti jawapannya "Senang je la, Naik - naik terus kayuh, Kan senang bro..."
Samalah juga dengan menjadi seorang murabbi, tidak sesusah yang kita bayangkan. Terutama untuk membina kelompok awal tarbiyah. Dan Kunci untuk membuktikan bahawa itu benar - benar mudah cuma satu. Mencuba.. Ya, terus mencuba. Hanya orang yang belum mencuba yang mengatakan sulit. Siapa pun kita, dengan bekal tarbiyah yang kita dapat dari halaqah selama ini, insya Allah kita boleh .
Logiknya, setiap minggu kita lihat bagaimana murabbi kita 'tampil'. Puluhan malahan ratusan kali kita saksikan. 'Tampilannya' sama seperti itu juga. Lakukan sahaja seperti yang dilakukan murabbi kita. Kalau ada yang membingungkan kita, terus tanya kepada murabbi. Kan senang?.. Tak susah pun... bak kata orang Indonesia, gampang aja pak!!...
Usia da'wah ini sudah lama dan panjang. Perjalanannya telah sedemikian panjang melintasi zaman. Pengalaman dan pembelajaran terus menerus didapatkan oleh para da'ie, para murabbi dan pelbagai peristiwa yang mereka alami. Manhaj tarbiyah terus mengalami perkembangan dan penyempurnaan, sentiasa di update agar dapat memenuhi keperluan para daie dalam menjawab tentangan semasa.
Tujuan tarbiyah memang tetap, namun cara, perlaksanaan dan teknik membina semakin beragam dan kaya. Semakin banyak pilihan untuk meragamkan tuntutan objek2 da'wah. Sarana dan prasana sudah sedemikian lengkap. Ditunjang dengan perkembangan dunia multimedia yang semakin canggih. Materi tarbiyah sudah mudah dan sangat menarik untuk disajikan. Kita tinggal memanfaatkan semua itu. Mudah sekali.
Mungkin antum belum termasuk golongan yang belum memiliki kelompok binaan. Mungkin antum mempunyai alasan mengapa belum bersedia menjadi murabbi. Insya Allah dalam siri- siri yang lain kita akan berbicara soal2 murabbi sehingga hilang keraguan antum untuk menjadi murabbi dan bersegera mengambil kelompok halaqah untuk dibina.
Bagi antum yang baru menjadi murabbi, Insya Allah, siri - siri ini juga akan memberi motivasi buat antum dan memberi gambaran bahawa menjadi murabbi itu amat membahagiakan. Adapun bagi antum yang sudah lama menjadi murabbi, ana hanya ingin berkongsi cerita dari pengalaman - pengalaman antum sebagai murabbi selama ini. Mari ceritakan kisah - kisah kita, semoga cerita kita akan memberi suntikan semangat para murabbi muda dan menghapus keraguan mereka.
Tamat.... akan disambung Tajuk yang lain....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan