Salam kepada semua pembaca...
Fitnah atau mengada2kan berita tidak benar tentang sesorang adalah sesuatu dosa yang besar. Fitnah boleh memecahbelahkan masyarakat sekaligus meberikan gambaran yang buruk mengenai Islam. Disini cikgu merujuk kepada kes Fitnah Seks Video Dato' Seri Anwar Ibrahim. Fitnah adalah amalan syaitan. Syaitan sentiasa mendorong manusia melakukan fitnah dari sekecil2 perkara hingga lah ke sebesar2 perkara. Firman Allah dalam Al Quran:
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: Seperti syaithan apabila dia berkata kepada seorang manusia, "Kufurlah engkau". Maka apabila kufur manusia itu, berkata syaithan "Aku berlepas diri dari engkau (wahai manusia) sesungguhnya aku takut kepada Allah tuhan sekalian alam.(Al Hasyr: 16)
Ikhwah fillah,
Lihat sahaja ayat ini, sekalipun syaitan itu adalah makhluk Allah yang menjadi musuh utama manusia, syaithan pun takut akan Allah tuhan sekelian alam. Syaithan sendiri mengaku bahawa Allah adalah tuhannya dan wajib disembahi dan ditakuti.
Dalam soal fitnah ini juga, syaithan memainkan peranan yang sangat ligat dan penting. Seperti ayat diatas, syaithan memujuk manusia supaya kufur, begitu juga syaithan menyuruh dan memujuk manusia supaya membanyakkan fitnah di kalangan sesama manusia, maka apabila telah berlaku fitnah itu, lantas syaitan berkata " Wahai manusia yang bodoh lagi jahil, padan muka kau!.. aku takkan masuk campur urusan fitnah mu itu, aku takut Allah!!!Tuhan sekelian alam".
Lihatah ikhwah sekelian, betapa keji nya sifat syaithan ini. Persoalannya, mengapa kita selalu tewas dengan pengaruh syaithan yang semakin berkembang ini?.. Mengapa kita dulukan ajakan dan bujukan syaithan ini berbanding panggilan Allah yang Maha Mulia ?.. Bukankah kita dari kecil lagi telah dididik bahawa syaithan ialah musuh tradisi kita sejak dari keturunan pertama lagi??..
Ikhwah fillah, jangan jadikan syaithan kawan kita, kerana kita pasi akan terjerumus ke lembah2 kesesatan dan kekafiran. Adakah kita nak memberi ruang kepada syaithan untuk memegang sekaligus menawan ruang hati kita untuk terus menabur fitnah??..
Sedarlah wahai ikhwah sekalian, bahawa syaithan itu boleh masuk ke mana manusia yang dia kehendaki. Syaithan boleh masuk ke dalam seorang 'Ustaz yang alim' dengan cara tersendiri, syaithan juga boleh masuk kedalam 'Perdana Menteri dan Pemimpin' dengan cara yang tersendiri. Pendek kata, ajaran dan sarana2 syaithan bisa langsung masuk terus tanpa mengira sesiapa pun tanpa kita sedari bahawa itu adalah dari syaithan.
Jadi, bagaimana solusinya??.. Mudah aja deh!!... Dekatkan diri dengan Allah, pasti kita jauh dari syaithan. Kalau kita dekatkan diri dengan syaithan, pastinya kita akan jauh dari Allah... Banyaknya kita memfitnah, jauhlah kita dari Allah dan dekatah kita dengan syaithan...
Orang muda, percaye beno ke dengan fitnah Trio Dato' 'T' dan konco2 nye tue??... Adakah kita benar2 dah tahu bagaimana syaithan masuk lantas mempengaruhi diri kita??.. Kite nie betul2 dah dekat dengan Allah ke??.. Fikirkan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan