Sambungan dari Menjadi Murabbi Unggul.... Untuk membaca siri yang lalu klik sini..
Kalau kita hanya menjadikan buku sebagai murabbi - murabbi kita, kita pasti akan ditertawa oleh orang bila kita mengaku sebagai murid Tun Mahathir Mohammad hanya kerana kita mendalami buku 'Doctor In The House'. Demikian juga kalau mengaku anak murid kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya kerana membaca buku karya beliau semata2.
Sekali lagi, untuk membina perlu kepada satu figur, susuk keperibadian yang unggul yang boleh membawa dan membimbing kita kepada akhlaq islamiy, itulah dia murobbi. Susuk tubuh yang kita temui setiap minggu di halaqah kita dan tanpa kita sedari, sudah banyak memberi.
Menjadi murabbi, bagi sebahagian ikhwah biasa - biasa sahaja. Sebahagian daripada kita sudah bertahun menjalankan proses pembinaan@ tarbiyah. Setakat ini, masih belum lagi terdengar berita ada ikhwah yang telah sekian lama menjadi murabbi, berhenti menjadi murabbi. Yang ada ialah ikhwah2 yang merasa ganjil dan pellik apabila tidak ada anak halaqah, tidak memegang kelompok binaan, merasa menganggur, dan merasa ada yang kurang dan hilang.
Bagi yang sudah lama menjadi murabbi, segala sesuatu adalah kebiasaan dalam keseharian. Oleh kerana terbiasa dengan aktiviti membina halaqah, bila ada yang bertanya, bagaimana menjadi murabbi, jawapan spontan yang pasti akan keluar ialah "Senang aje, akhi!!". Ya, memang mudah menjadi murabbi. Allah juga menghendaki kemudahan dan tidak menghendaki kesusahan buat kita. Firman Allah:
...Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki bagimu kesulitan... (Al Baqarah: 185).
Kemudahan adalah salah satu semangat dalam Islam. Allah SWT Maha Tahu segala potensi yang kita miliki. Potensi positif dan potensi negatif. Kita pun menyedari adanya unsur positif dan unsur negatif dalam diri kita. Kadang - kadang kita aktif, giat dan ada waktu kita lemah dan malas. Allah menurunkan Islam sebagai way of life yang sesuai dengan fitrah dan karakter manusia.
bersambung di siri III.... I.allah....terus ke siri III
Tiada ulasan:
Catat Ulasan