Salam, ikhwah fillah...
Alhamdulillah... Kite masih lg ada kesempatan bertemu di alam maya ini... Buat pembaca budiman, di sini cikgu ingin berkongsi beberapa info mengenai bagaimana menjadi murabbi (pendidik, daie dan guru) yang unggul...
Murabbi atau pembina adalah istilah dalam tarbiyah untuk menyebut seseorang yang menjadi penyelenggara dan penanggunjawab proses tarbiyah dari suatu kelompok. Seorang murabbi memiliki tanggungjawab untuk mengawal, membersamai dan menilai proses tarbiyah individu - individu dalam kelompok yang menjadi binaannya., agar tujuan - tujuan kelompok itu biasa disebut sebagai mutarabbi atau binaan dan forum pertemuan kelompok biasa disebut halaqah atau liqa'.
Posisi murabbi sangat penting dalam proses tarbiyah sebagai pengawal regenerasi kader - kader dakwah. Sudah semestinya pembicaraan tentang murabbi mendapatkan perhatian yang memadai dari para aktivis dan pencinta dakwah. Seungguh pun demikian, kalaulah kita mengadakan seminar persiapan jadi murabbi, pasti yang ikut tidak sebanyak seminar persiapan pernikahan yang selalu kebanjiran peserta itu.
Namun, ketika kita berbicara mengenai murabbi, kita sedang berbicara mengenai tugas dan pekerjaan. Bagi sebahagian orang, menjadi murabbi itu adalah sulit dan susah, tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Mungkin bagi sesetengah ikhwah, menjadi murabbi itu susah kerana melihat betapa besar peranan dan pentingnya posisi dalam da'wah dan tarbiyah, akan tetapi apabila kita membincangkan hal berkitan teknik - teknik dan kepentingan - kepentingan menjadi murabbi, ternyata banyak hal berkaitan dengan fungsi dan tugas murabbi menjadi ringan, mudah, menyenangkan dan membahagiakan.
Murabbi adalah kepercayaan dalam proses tarbiyah. Bahagian terpenting dari tarbiyah adalah proses pembentukan peribadi dan pewarisan nilai, berkaitan dengan pengawal dan penilaiannya. Hasil dari tarbiyah ini adalah syakhsiyyah islamiyyah (peribadi Islam), peribadi - peribadi dengan kelayakan yang unggul telah ditetapkan. Jelas proses - proses ini tidak dapat diserahkan sepenuhnya kepada sarana bernama buku, kamus, rujukan, jurnal dan sebagainya. Buku dan jurnal sahaja tidal cukup.
Buku memang menginspirasi. Buku meberikan wawasan dan memperkaya pengetahuan. membaca buku teramat penting. Dalam tarbiyah sendiri, aktiviti membaca adalah sebahagian kewajipan para pesertanya. Punya perpustakaan peribadi adalah anjuran bagi mereka. Tapi buku itu pasif. Tidak boleh diajak berbincang. Buku tidak dapat mengawal. Buku tidak dapat menjamin dan mengukur pemahaman. Buku tidak pernah tahu bila pembacanya yang keliru memahami isi tulisannya. Buku tidak dapat menilai perkembangan seseorang dai waktu ke waktu. harus ada orang lain yang mengawal peserta - peserta tarbiyah. Orang yang memahami dari mana mulai, bagaimana proses berlaku, dan ke mana tarbiyah dituju. Orang yang mampu mendidik dan mengarahkan orang lain menjadi peribadi - peribadi muslim yang unggul, sekaligus mengawal dan menilai perjalanan prosesnya. Dan sang pengawal itulah susuk tubuh yang bernama murabbi. Seorang mulia yang ingin memberikan sebahagian tenaganya untuk membina orang lain, mengarahkan mereka menuju kebaikan.
Salah satu kaedah dalam da'wah adalah apa yang terungkap dalam pernyataan, "Jadilah muridnya guru, bukan muridnya buku." Tarbiyah pun tidak lepas dari kaedah ini. Murabbi adalah ibarat guru bagi para binaannya. Murabbilah yang melakukan pembentukan peribadi, transfer knowledge, sekaligus mewariskan nilai. Jadi, guru kita bukanlah buku.... bersambung.... Insya Allah...terus ke siri II

Tiada ulasan:
Catat Ulasan