ö@è% @÷dr'¯»t É=»tGÅ3ø9$# (#öqs9$yès? 4n<Î) 7pyJÎ=2 ¥ä!#uqy $uZoY÷t/ ö/ä3uZ÷t/ur wr& yç7÷ètR wÎ) ©!$# wur x8Îô³èS ¾ÏmÎ/ $\«øx© wur xÏGt $uZàÒ÷èt/ $³Ò÷èt/ $\/$t/ör& `ÏiB Èbrß «!$# 4
bÎ*sù (#öq©9uqs? (#qä9qà)sù (#rßygô©$# $¯Rr'Î/ cqßJÎ=ó¡ãB ÇÏÍÈ
64. Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang
bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan
Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula
sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan
orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian
jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah
kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah
orang-orang Islam". (Aali Imraan:64)..
Assalamualaikum, pembaca yang budiman...
Salam Ramadhan buatr semua, moga pembaca sekalian mendapat Rahmat dari Allah S.W.T...
Melihat video diatas, cikgu terpanggil untuk membuat sedikit komen. Yang diharapkan dengan komen ini para pembaca khususnya para da'ie mendapat iktibar bersama - sama.
Video diatas adalah video seorang Paderi Kristian, Father Lawrance Andrew, seorang editor Majalah Mingguan Katolik - The Herald yang baru selesai perbicaraan isu kalimah Allah dalam majalah tersebut.
Apa yang cikgu lihat di sini, ada 2 isu besar yang kita perlu ambil pengajaran:
1. Orang Kristian yang menghayati kitab mereka walaupun kita tahu mereka salah.
2. Muslim yang tak peduli isi kandungan Al Quran walaupun kita tahu Islam itu benar.
2 isu ini yang gagal dilihat oleh muslim di Malaysia. Dari video diatas, cikgu merasakan bahawa father ni memang faham Islam, dan dia lebih menghayati dari kita sendiri. Father ni tahu Allah itu Esa, dan dia hayati cuma Allah belum beri dia hidayah, Tetapi kita sebagai muslim, Tahu Allah itu Esa, Tahu Islam itu benar, tapi tidak dihayati sehinggakan dalam ucapan - ucapan harian kita, nak sebut nama Allah pun fikir 2 3 kali...
Apa yang cikgu nak bawa pembaca di sini ialah, kita sebagai muslim tidak mengambil peluang ini, tidak mengambil kesempatan ini untuk mengajak mereka kepada kebenaran. Kita lebih menghukum, lebih menyalahkan mereka, contohnya, dari sudut kehakiman dan perundangan pun dah gagal. Apa lagi alasan2 hakim dan para peguam semasa perbicaraan yang muslim untuk tidak menggunakan peluang mengajak paderi ni kepada Islam (seperti ayat Allah diatas?)..
Di sini kita nampak kegagalan kita dalam membela agama kita dan kegagalan kita mengajak agama lain kepada Allah. Kita tidak ada pendirian, kalau ada pendirian pun kita tidak yakin dengan pendirian kita. Pendirian kita lebih kepada emosi dan kebencian yang cikgu pun tak tahu bila nak reda.
Kalau begitu, bila dan bagaimana penganut agama lain (yang cikgu nampak lebih baik dan lebih berakhlak dari kita ni) nak terima keindahan Islam?... Selagi akhlak kita, selagi aqidah kita, selagi fokus dan peranan kita sebagai muslim tidak ikut dan lebur dengan Al Quran, selagi itulah Islam itu dipandang rendah dan tiada kesudahan nya isu ini.
Jom kita lihat apa yang Allah nak sampaikan dari firmannya di atas.. Berapa ramai muslim yang sedar dan faham adanya firman Allah diatas?:
Allah menyeru dan menyuruh kita untuk berbaik dengan Ahli Kitaab (tak kira la kitab yang diorang pegang tu salah ke menyeleweng ke ape), kita tetap kira mereka itu ahli kitab. Allah menyuruh kita untuk mengajak mereka kepada aqidah yang satu. Allah menyeru kita untuk mengajak ahli2 kitab ni sembah Allah dan tidak menyekutukan Dia.
Ok, fine, dah berapa banyak interaksi kita dengan mereka?... dah berapa ayat2 Allah kita sampaikan ke telinga2 mereka?.. dah berapa banyak gereja kita masuk untuk sampaikan Islam dan Al Quran? (cikgu rasa kita pergi juga ke gereja tapi untuk baling 'BOM' adalah..) Dah berapa banyak naskhah2 Al Quran kita hadiahkan kepada mereka? (dah rampas Bible mereka, ganti lah dengan Al Quran, kan beradab tu namanya).. Dan dah berapa banyak doa yang kita ucapkan kepada mereka agar mereka terima hidayah dari Allah?.. Dah tu, kalau jawapan nye TIADA, tok sah la kita nak salahkan mereka kalau mereka mencabar ISLAM!!.
Cabaran mereka terhadap Islam itu adalah signal@petanda@rambu2 awal kepada kita untuk lebih berjuang memahamkan mereka tentang ISlam dan Al Quran. Tak kan kita nak harapkan Ust Farid Ravi sahaja dengan rancangan "Diskusi Harmoni" nya (betulkan kalau salah) di TV Al Hijrah sahaja untuk menjadi medium da'wah kepada Islam??.. Adakah cukup sekadar berdiskusi tanpa ada pendirian yang tegas tapi tak boleh mengalahkan hujah2 mereka yang sedia lemah tu?..
Cikgu di sini (Lubok Antu) di kelilingi pelajar2 dan guru2 Kristian yang baik dan amat tinggi peluang mengenali Islam. Malah ada di kalangan pelajar yang sangat teringin belajar mengaji Al Quran. Jika dilihat emosi dan perasaan kita, sudah pasti menjadi musuh orang bukan Islam ni. Tapi, cikgu melihat peluang dan harapan untuk Islam disebarkan melalui akhlak dan amalan kita dengan pendirian yang jelas, mantap dan jitu.
Bukan sekadar laungan tong yang kosong seolah2 seperti membela Islam, bising lagi mengganggu tapi kosong tanpa ilmu dan bekal yang mencukupi. Eh, eh.. ustaz2.. cikgu2 muslim.. teacher2 Islam, pemimpin2 Islam.. bangkit dan ubah sifat kita... ubah perangai kita... ubah segala yang buruk pada kita, supaya Islam itu lebih Mulia dan lagi Tinggi.. Ilmu bagi upgrade sikit.. Bukan susah di zaman internet ni pun, cuma nak tak nak je...
Ingatan buat cikgu dan semua pembaca budiman: "Islam itu indah, Al Quran itu MIRACLE hanya dengan amalan, sifat dan akhlak kita sebagai penganutnya"...
Semoga kita kuat, dan lebih ke depan dalam isu akhlak dengan sesama Islam dan sesama berlainan agama... Tunjukkan yang kita lebih Muslim dari Kristian (memang sepatutnya begitu lah), Tunjukkan kefahaman kita yang sempurna terhadap Islam...
Tegakkan Islam dalam diri, baru lah Islam tertegak di bumi...
p/s: orang muda, ape kejadah duk melepak lagi?.. kerja la untuk bangun kan Islam...