Ini Sudah Menjadi Adat
Apabila bangsa menjadi orientasi
Kemana pergi sentimen agama
Hanya kerana mengendong
Bangsa yang Allah beri
Sebagai suatu ketetapan...
Ini Sudah Menjadi Adat
Bila mata terbungkam layu
Otak berfikir lesu
Tanpa panduan Ilahi yang cukup lagi padu
Jangan ada bibit perkauman...
Ini Sudah Menjadi Adat
Masyarakat ditipu helah perkauman
Disalut pula dengan salutan agama
Masyarakat keliru Masyarakat Lupa...
Bila perkauman menjadi tujuan...
Ini Sudah Menjadi Adat
Bangsanya diagung menjelek bangsa yang lain
Siapa bangsa di sisi Tuhan??
Siapa Melayu di sisi Allah??
Jika tiada takwa dan Iman...
Ini Sudah Menjadi Adat
Begitu buruk membuat rencana
Mengatur kata hembusan api
Api tiada kesudahan...
Ini Sudah Menjadi Adat
Adat sesat ayuh lah dijauhi..
Adat yang jauh dari cahaya ilahi...
Jangan kerana adat, kita bergaduh..
Jangan kerana salutan Islam, Islam difitnah....
Hanya kerana kamu, wahai I.S.M.A....