Halaman

Sabtu, 23 November 2013

Saya Bukan Wahhabi Siri I

Bismillah...

Assalamualaikum pembaca budiman,

Kehidupan ini adalah perjuangan. Perjuangan yang bermacam jenis, bermacam ragam.. Termasuklah perjuangan menangkis tuduhan - tuduhan masyarakat yang tidak berasas.

Cikgu, dulu pernah juga ada sekelompok manusia yang menuduh cikgu sebagai pengikut salah satu aliran extrimis Islam ataupun dipanggil Wahhabiy. Sehinggakan cikgu dilarang menggunakan apa jua kemudahan yang telah disediakan di situ (Hurm... Tak Perlu rasanya untuk bagitau kot).

Dengan rasa rendah diri, cikgu mengatakan "Tidak, saya bukan Wahhabiy dan saya tak kenal pun siapa itu Wahhabiy" sambil tersenyum merasakan memang jalan da'wah itu penuh dengan tohmahan dan ujian.

Baik lah, bagi mendalamkan lagi pemahaman kita tentang isu ini (walaupun isu ni dah lama), di sini cikgu lampirkan tulisan YBhg Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengenai Wahhabiy..





Katakan Tidak Pada Wahabi

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.

Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.
Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.
Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam.
Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.
Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian... Bersambung...