Halaman

Ahad, 1 Januari 2012

Amacam Tahun Baru Kite??

Salam Tahun Baru 2012..



Ramai orang setiap kali masuk tahun baru akan membuat berbagai - bagai azam... Tapi tidak kurang juga yang masih gagal merealisasikan azam masing2 walau setiap tahun baru berazam....

Persoalannya ialah, apakah Islam mengajar kita budaya berazam setiap kali masuk tahun baru?..

Ternyata memperbaharui azam setiap tahun bukan dari ajaran Rasulullah SAW... Islam mengajarkan kepada kita bahawa azam harus dibuat setiap hari... Cuba kita ingat kembali kata - kata Saiyyidina Umar R.A:

" Celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam, Rugilah orang yang hari ini sama sahaja dengan hari semalam dan Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam"...

Kata - kata ini memberi satu motivasi kepada kita untuk sentiasa berazam memperbaiki diri tanpa mengira masa, kita digalakkan untuk sentiasa memperbaiki diri setiap masa dan bukan hanya mengikut musim tahun baru sahaja...

Marilah sempena tahun baru ini, kita meneliti sepotong ayat Allah yang cikgu rasakan begitu bermakna buat cikgu mungkin juga buat pembaca sekalian... Jom kita buka surah Asy Syarh (Alam Nasyrah) ayat 5 - 8:

" Maka sesungguhnya, setiap kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama setiap kesusahan ada kesenangan, Maka apabila kamu selesai mengerjakan (sesuatu urusan) maka berusahalah dengan bersungguh - sungguh urusan yang lain, dan kepada tuhanmu kamu meletakkan segala harapan..."

Ikhwah fillah,

Inilah keazaman yang sebenar yang Allah tuntut dalam setiap pekerjaan kita. Allah SWT inginkan setiap sesiapa yang membaca Al Quran, berkerja bersungguh2 dalam setiap pekerjaan yang di lakukan... dan point yang penting dalam ayat ini ialah setiap kerja pasti akan dilalui dengan kesukaran sebelum kesenangan... Itulah fitrah dalam kehidupan yang harus kita lalui walaupun terpaksa...

Semoga dengan tahun baru ini, akan mendekatkan lagi diri kita dengan Al Quran dan Sunnah Rasulillah SAW...

Orang muda, dah puas ke berpesta tahun baru semalam?.. atau tahun baru kita disambut dengan kesyukuran dan pengharapan yang penuh kepada Allah, Tuhan cikgu dan Tuhan anda sekalian??..