Salam ikhwah fillah...
Pembuka bicara yng terbaik hanya lah tidak lain dan tidak bukan adalah dengan ucapan yang terbaik
" Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokaatuuh"..
Ucapan yang diajar oleh junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW... Ucapan yang jika diucapkan akan tersebar lah kasih dn sayang diantara sesama manusia... Akan rosak lah manusia, dan kering lah jiwa2 mereka tanpa adanya ksih dan sayang juga dikenal sebagai ukhuwwah.. Itulah antara bingkisan ni'mat dari Allah kepada Hambanya... Maha Suci dan Agung Allah Tuhanku dan Tuhan pembaca sekelian...
Ikhwah fillah,
Cuti sekolah yang hampir sampai ke penghujung ini, Alhamdulillah dapat cikgu habiskan dengan pelbagai prog2 da'wah dan tarbiyah... Antaranya: Kem Hafazan Bestari 3 (9 - 18 Disember 2011), Kembara Iman Pemuda (22 - 25 Disember 2011), juga liqo'2 mingguan para mutarabbi TSS ting. 2, ting. 4 juga ting.5 dan cikgu ingin ucapkan tahniah dan "Ahlan Wa Sahlan" buat liqo baru kite, Liqo' Adik2 Kaseh KHB3 yang terdiri dari Aniz, Anaz dan juga Khawarizmi.. Semoga terus istiqamah...
Cuti ini juga menjadi titik perubahan buat kehidupan ikhwah2 ting.5 yang baru habis peperiksaan SPM, cikgu ucapkan 'Bittaufiq Wa Nnajah", Isilah waktu lapang selepas SPM yang panjang ini dengan perkara2 yang baik dan berguna, cuma cikgu cadangkan antum pergilah belajar di Pondok utk belajar agama.. kalau berkerja pun 'its ok' tapi bila dah pegang duit, jgn lupa nak sambung belajar n terus liqo ya!!..
Cuti ini juga, dengan Rahmat dan karunia dari Allah, cikgu diberi peluang utk menyambung pelajaran pada tahun depan... Cikgu layak untuk mendapat Latihan Perguruan Sesi Disember 2011... Tahniah juga cikgu ucapkan buat teman2 GSTT SMK Meru, utk yang kurang bernasib baik, teruskan usaha... Allah tetap bersama kalian...
Ikhwah fillah,
Demi masa, sesungguhnya manusia pasti berada dalam kerugian, kecuali orang2 yg beriman, beramal soleh, serta berpesan2 kepada kebenaran juga berpesan2 kepada kesabaran. Itulah firman Mulia Allah SWT pada surah Al Asr..
Ayat ni jelas memberitahu kita, hanya 3 golongan sahaja yang akan selamat dari kerugian masa. Iaitu:
1. Para Mu'min..
2. Para soleh dan solehah (yang beramal IKHLAS krn Allah dan Mengikut jejak langkah Sunnah Rasul)
3. Seorang Daie yang sentiasa menyampaikan dan menyebarkan Islam dengan kebenaran dan kesabaran...
Berbeda dengan orang yang tidak mempunyai 3 ciri diatas, mereka akan rugi serugi2nya... Kerna itulah sifat manusia.. Suka merugikan masa... Suka membuang masa yang ada dengan tidur, lepak dan sebagainya.. sehingga lupa kewajipan2 yang kita pikul dan bebani adalah lebih banyak berbanding masa yang ada...
Oleh itu, sementara cuti masih berbaki, jom kita penuhi masa kita dengan aktiviti2 yang sehat, penuhilah rumah2 Allah, ramaikanlah taman2 syurga pada kuliah2 agama di surau2 dan masjid, jadikanlh Al Quran sbg teman penghibur setiap masa dan waktu, rutinkan diri dengan liqo' dan halaqah2 mingguan... Agar kita menjadi 3 golongan yang dijanji oleh ALLAH SWT diatas...
Hy Kepada Allah kita berserah, Hy Kepada Allah yg kita sayang, Kerna Kita perlukan Allah, tapi Allah tidak langsung memerlukan kita!!..