Halaman
▼
Ahad, 4 September 2011
[Rekomen Film] Hantu Bonceng...
Alhamdulillah, lagi dan lagi... Syukur sebanyak nya kepada Allah... Salawat dan salam sejahtera buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
Alhamdulillah, cikgu memenuhi ajakan adik cikgu utk mengisi masa petang cuti hari raya dengan menonton film di panggung wayang... Walaupun nampak janggal lagi pelik bagi seorang daie utk menonton film di wayang, tapi berbekalkan sangkaan baik, cikgu pergi juga...
Alhamdulillah, film ini dari sudut positifnya banyak boleh diambil pelajaran dan i'tibar... Cikgu secara personal seronok dan merasakan film2 di Malaysia secara umumnya dengan kelahiran film ini telah memberi nafas baru media alternatif untuk lebih mendekatkan masyarakat dengan unsur2 Islam secara tidak formal dan tidak kaku...
Secara realitinya film ini banyak membawa unsur nasihat yang tidak langsung kepada para penonton terutama yang gemar me'rempit' di jalanan. Film yang diklasifikasikan sebagai 18SG ini mungkin agak kurang sesuai utk ditonton oleh lapisan kanak2 krn byk adegan2 menyentuh soal2 org dewasa, akan tetapi ia juga byk memuatkan nilai2 kesedaran dan kesopanan walaupun Islamnya tidak sepenuh (Liberal) malah separuh2 (biasa la filem Malaysia)...
Apa pun, cikgu ucap tahniah dan syabas, kerana industri film negara telah meletakkan nilai Islam sebagai mesej utama dalam film2 mereka... Tontonlah film ini dari sudut impak positifnya kepada para pemuda Islam.. Inilah adalah permulaan yang baik, dan perlu diperbaiki dengan kehadiran ramai2 lagi pengarah2 film berjiwa Islam sebenar dan kental!!...
Jom tengok film Hantu Bonceng: Pabila Bohsia Jadi Hantu... Hahaha... Baca Sinopsis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan