Halaman

Selasa, 20 September 2011

Pesan Murabbi..

Salam, ikhwah fillah...

Dalam satu2 lahan tarbiyah, murabbi memainkan peranan penting dalam mengembangkan potensi mutarabbi2 da'wah. Murabbi bukan hanya sebagai penyambung rantaian2 da'wah Rasullah SAW, bahkan juga sebagai susuk tubuh yang sentiasa sedia untuk membina para umat dengan membangkitkan semangat keIslaman sehingga Islam itu dijulang pada tempat yang tertinggi!!...

Alhamdulillah, di kesempatan ini, cikgu ingin menyampaikan sedikit pesan yang cikgu terima dari murabbi cikgu bersempena liqa' mingguan yang terulung ... Sangat menyentuh jiwa, dengan penuh rasa ukhuwwah, dengan penuh rasa keimanan, murabbi cikgu menyampaikan pesan dengan penuh ikhlas dan tawaddhu'.... Beginilah pesannya:


Assalamualaikum

Ikhwah fillah, salam syukur ke hadrat Ilahi, atas setiap nikmat yang setiap saat kita garap di atas muka bumiNya bernaung di bawah langitNya, yakinlah, bahawa setiap saat kita di muka bumi Allah ini bersebab, dan sebab yang paling agung itu hanyalah kita sebagai HAMBA kepada pencipta yang maha agung itu.

Maafkan ana kerana tidak dapat bersama antum, mohon do’a antum agar ana tetap ikhlas dan istiqamah, insyaAllah.

PESAN PERTAMA

Wahai saudara yang ku sayangi, bertaqwalah kepada Allah, hanya taqwa kepadaNyalah perisai paling agung terhadap api neraka Allah. Ana mengajak antuk bukan di bawah bendera jemaah mana-mana, atau persatuan apa-apa, ataupun organisasi istimewa, hanya kerana ana saudara seiman memesan diri ana dan antum supaya bertaqwa kepada Allah

59:18 : “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan

Menyentuh ayat ini, Allah mengajak kita untuk berfikir untuk masa hadapan, apakah yang akan kita bawa dihadapanNya, sama ada yang bakal berlaku dan telah berlaku.

1.      Ayuhlah kita sama-sama ubah diri kita daripada manusia yang kurang baik kepada yang lebih baik bermula saat ini! Dengan dasar taqwa, tinggalkan perbuatan buruk dan dosa kita, dan laksanakan tuntutan wajib kita kepada Allah. 

Marilah perbaiki amal ibadah kita. Mutaba’ah yang diwujudkan adalah untuk kita sentiasa mengamalkan ibadah-ibadah mendekatkan diri kepada Allah, sepertimana yang dianjurkan oleh Rasul, Muhammad sallallahu alaihi wassalam. 

2.      Ayuhlah kita berfikir sebagai seorang dai dan pendakwah, kerana apakah perkataan dan amal yang terbaik selain kita bersama-sama mengajak manusia ke arah Allah? Ajaklah manusia kepada Allah, bukan kerana persatuan, jemaah, kenegerian dan sebagainya. “Sesiapa yang mengajak manusia atas asabiah bukanlah dari umatku   Ini adalah bekal amal yang kita ingin bawa kepada Allah. 

Janganlah sentiasa berfikir bahawa “aku tidak layak”, kerana Allah telah pun menganugerahkan iman kepada antum, tentu sahaja antum layak menjadi dai.


PESAN KEDUA

Ramadhan telah berlalu, merindui abid-abid yang sentiasa menjadikan ibadah kepada Allah sebagai halwa yang diisi sepanjang waktu itu, namun dimanakah sang abid-abid itu? 
Kurangkanlah bersenda gurau dan berjenaka berlebihan, banyakkan beramal ibadah, dan jadilah hamba yang dirindui ramadhan.

PESAN KETIGA

Ikhwah fillah, umat terbaik dijanjikan oleh Allah telah pun tiada, kerana mereka adalah sahabat-sahabat Rasul yang agung. Mereka adalah generasi yang tidak akan terlawan, mereka adalah yang terbaik.

Namun Allah janjikan sesuatu yang boleh menghampiri mereka, iaitu umat yang terbaik, di jana dan di acu oleh Al Quran.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik” 3:110

Itulah golongan yang terbaik, sepertimana para sahabat yang di acu oleh Al Quran.
62:2 “Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata

Lalu bagaimana sahabat di acu oleh Al Quran kalau tidak melalui proses tarbiyah Rasul menggunakan ayat Al Quran!

Ikhwah, ana mengajak antum untuk terus bersama-sama di dalam tarbiyah ini, kerana antum tidak akan mendapatkan apa-apa tanpa tarbiyah. Dan ana tidak menjanjikan apa-apa di dalam tarbiyah ini, tidak jawatan sebagai ketua pemuda, perdana menteri, ketua bahagian ataupun wakil rakyat. Ana juga tidak punyai wang yang banyak dan tanah yang luas untuk ana berikan sebagai imbalan harta atas tarbiyah ini, apatah lagi populariti  sepertinya populariti artis-artis dan ahli politik di dada akhbar setiap hari. Ataupun isteri-isteri cantik yang menawan lagi rupawan. Sungguh, itulah hinanya yang bernama dunia. 

Ana hanya janjikan antum kesusahan yang berterusan, hidup yang tidak kaya dan sentiasa sibuk, sibuk bukan mencari wang dan populariti, tidak lagi popular bahkan antum akan dihina oleh masyarakat. Apatah lagi isteri juga yang selalu sibuk yang antum sering dahagakan hak sebagai suami. Kerana itulah ujian menjadi seorang dai yang ikhlas. 

Kaji dan selidikilah semula apakah niat antum di dalam tarbiyah ini. Semuanya agar kita bukan dari golongan yang disesatkan oleh Allah. “…Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”.  Na’udzubillahi min dzalik!