Antara sunnah Rasulullah SAW dlm berda'wah ialah mengelakkan konfrontasi atau penentangan2 terbuka hasil dari da'wah yang tidak mapan dan jitu. Da'wah yang mapan dan jitu akan terhasil dari ilmu dan materi2 yang dihidang oleh para murabbi di dalam liqa' atau daurah. Para murabbi harus mengambil peranan yang penting bagi mengelak konfrontasi dari berlaku. konfrontasi yang berterusan tanpa dirawat boleh menyebabkan masyarakat jauh dari da'wah kita yang sifatnya seperti sinaran cahaya matahari ini.
Semasa fasa da'wah 13 tahun Rasulullah SAW di Makkah, Rasulullah SAW dan para sahabat sentiasa mengelak berkonfrontasi dengan masyarakat jahiliyyah semasa itu. Apa pun serangan, fizikal dan mental, dihadapi Rasulullah SAW dengan sabar dan tanpa membalas kembali. Sehinggalah sampai pada fasa da'wah Rasulullah SAW di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW dan para sahabat untuk berperang menentang puak kafir. Allah....
Ikhwah fillah,
Begitu juga da'wah kita terutama nya di sekolah. Jauhilah dari sebarang konfrontasi. Kerna konfrontasi bisa menggugat da'wah kita yang masih muda dan kecil ini. Antara konfrontasi yang boleh cikgu senaraikan di sini ialah:
1. Terlalu Memperjuangkan Persoalan2 "furu'" (cabang) Berbanding Perkara Pokok Dalam Islam...
- Sebagai contoh, kita sebagai dai'e terlalu memikirkan dan membahaskan perkara2 yang menjadi khilaf di kalangan ulama'. Tahlil, solat hajat, solat awwabin, bersedekap dalam solat, menggerakkan jari ketika tahiyyat dan sebagainya. Mari kita elakkan perbezaan dlm perkara ini, kerana perdebatan dalam hal ini bisa membuatkan aqidah, ibadah dan akhlaq ummat masih di takuk lama kerana kelekaan dan kelalaian kita yg sntiasa memikirkan perkara furu' berbanding perkara pokok dlm Islam...
- Ikhwah fillah, masyarakat kita masih belum boleh menerima beberapa perubahan yang kita bawa. Walaupun benar rujukannya, sahih dalil2nya dan betul isi2nya apa yang kita bawa, harus dilihat dari segi waqi' (keadaan sekeliling). Fokus dahulu kepada persoalan aqidah, ibadah dan akhlaq sebagaimana yang Rasulullah SAW bawa semasa baginda berda'wah di Makkah. Kita bukan penghukum, tetapi kita ialah pembimbing...
2. Mahu Berubah, Sudah Berubah tetapi Gagal mengawal Perubahan
- Antara aspek terpenting dlm Tarbiyah ialah, Perubahan... Perubahan ke arah kebaikan semangnya dtg dari Allah SWT, dan ia merupakan sesuatu keseronokan dan ghirah yang amat2 disyukuri lebih2 lagi apabila kita telah sedar hakikat diri sebagai Hamba Allah. Akan tetapi, perubahan itu haruslah bisa ditangani dan diurus secara bijak supaya masyarakat dan kawan2 sekeliling tidak melihat perubahan itu sebagai sesuatu yang bisa mengeruhkan, menjauhkan dan menjejaskan hubungan baik seseorang kawan, teman dan keluarga...
- Berdoalah kepada Allah SWT supaya kita kekal lagi istiqomah dengan momentum perubahan itu, tidak berpatah balik atau berundur sebelum berlawan. Kobarkan semangat juang yang ada dalam diri kita dengan sentiasa berhubung dengan Sang Pengkobar jiwa iaitu Allah SWT. Serapkan sebanyak mungkin ilmu dan input2 yang boleh kita jadikan suluhan dan panduan ketika berada di medan da'wah (sekolah, kolej, kelas dsb).
3. Banyak Membanding - bandingkan Murabbinya dengan Para Ustaz/ah dan Guru yang lain.
- Ikhwah fillah, konfrontasi sebegini berlaku disebabkan sifat keta'suban kepada sesuatu figur. Keta'suban adalah antara senjata syaithan yang sentiasa dimainkan terhadap orang2 mu'min dan ini menjadi cabaran buat kita untuk menjauhinya. Jom kita jadikan keta'suban dan kasih sayang hanya untuk Allah dan RasulNya.. Kerna hanya Allah dan RasulNya sahaja yang layak dita'subkan dan diikuti segala perintah melebihi perintah2 selain Allah dan Rasul.
- Kita semua manusia yang sama dijadikan oleh Allah, cuma yang membedakan kita hanyalah taqwa. Allah tidak melihat susuk badan kita bagaimana, Allah juga tidak melihat ketrampilan di khalayak ramai bagaimana, tapi yang Allah lihat ialah ketakwaan, keikhlasan dan sejauh mana gerak kerja da'wah yang telah kita lakukan.
4. Mengkesampingkan Akhlaq yang Mulia
- Sifat merendah diri dan tidak merasa diri hebat adalah sifat dan akhlaq yang terpuji. Inilah sifat dan akhlaq yang wajib dijaga buat setiap aktivis da'wah di sekolah atau di manapun. Elakkanlah dari bersifat dengan 2 sifat ini. jauhilah sifat bangga diri dengan ilmu dan liqa yang dihadiri, juga hindarilah dari merasa bahawa kita adalah kumpulan da'wah terbaik.
- Jika ada dalam diri kita dua sifat ini, marilah kita sama2 beristighfar... Astaghfirullah... dan terus buangkan sifat2 keji ini, kembalilah kepada landasan perjuangan kita yang Ikhlas hanya mengharap Allah SWT semata2.
- Jadilah kita da'ie yang sentiasa menjaga adab dan akhlaq. Itulah bekal dalam da'wah walaupun ketandusan ilmu. Biarlah kita miskin akademik tetapi kaya akhlaq dan adab nya... Apa guna 8A+ SPM, 8A PMR tetapi akhlaqnya buruk lagi jelek?..
Ikhwah fillah,
Cukup rasanya sekadar 4 konfrontasi2 dalam da'wah yang bisa dihurai cikgu untuk kali ini. Marilah kita hayati 4 konfrontasi ini... Mahukah kita lihat da'wah dan tarbiyyah yang kita bina ini binasa disebabkan konfrontasi2 yang sentiasa kita amalkan?... Apakah kita mahu rantaian da'wah yang Rasulullah SAW bina putus dek kerana kelalaian kita dalam da'wah?... Naudzubillah min dzalik!!...