Salam Buat Pembaca Budiman...
Alhamdulillah, hari ahad lepas, cikgu berpeluang membawa anak2 halaqah jaulah ke Shah Alam menghadiri program karnival generasi Y, kami datang agak lewat dan banyak aktiviti yang dah penuh. Jadi tukar plan ke muzium negeri...
Menjelang tengahari, cikgu bertandang pula ke Majlis Perkahwinan Anak Akhi Fauzi. Akh Fauzi adalah antara para murabbi juga syeikh2 tarbiyah cikgu suatu tahun dulu, murabbi yang banyak mengajar cikgu erti da'wah dan tarbiyyah.
Selain akh fauzi, cikgu berkesempatan bertemu kembali Prof Dr Ir Agus Priyono, beliau juga adalah antara tokoh penda'wah yang berjaya di negeri seberang Indonesia.
Alhamdulillah, setelah hampir 6 tahun tak jumpa, Allah telah aturkan pertemuan cikgu dengan akh Fauzi dan Akhi Agus. Walau sebentar, cikgu sempat meminta mau'idzah (bimbingan) dari mereka berdua.
Akhi Fauzi menasihatkan cikgu untuk terus tetap dan istiqamah dalam jalan da'wah yang mulia ini. Teruskan meningkatkan iman kerana dengan iman yang kuatlah para da'ie dapat terus berda'wah dan melebarkan sayap2 da'wahnya ke serata Alam... Cikgu sangat terkesan dengan mau'idzah dari beliau.
Cikgu juga berkesempatan memohon mau'idzah dari Pak Agus, Pak Agus dengan isi yang sama dengan akhi fauzi tapi dengan nada berbeza menasihati cikgu. Sempat juga cikgu bertanya pada Pak Agus, "Akhi, ana seperti merasa da'wah ini senang. Kenapa ya akhi?"...
Pak Agus lantas tersenyum dan memberikan kata2 cukup bermakna, "Akhi, da'wah itu adakala senang dan adakala susah, Allah sentiasa akan menguji keimanan kita, tetapi jika da'wah antum senang, hati2 ya". Bingkas Pak Agus sehingga cikgu segar bersemangat untuk terus berda'wah dan tarbiyah.
Allah... inilah ni'mat paling berharga, Allah angkat kemuliaan kita dengan da'wah dan tarbiyah, inilah jalan para nabi dan rasul... Jalan yang panjang dan memerlukan tadhhiyyah (pengorbanan) para aktivisnya...
Jalan inilah yang telah banyak menumpahkan darah para aktivisnya, jalan ini jugalah yang telah banyak menumpahkan air mata malah keringat para pejuangnya tanpa kenal erti putus asa.
Ikhwah fillah, marilah kita sama- sama bangunkan binaan da'wah dan tarbiyah kita..Sudah tiada masa untuk kita duduk berehat dan bersenang lenang sedangkan umat sangat perlu pengorbanan kita untuk mereka. Benarlah satu syair Asy Syahid Ustaz Hassan Al Banna ketika diminta berbicara mengenai pemuda:
"Idza Sohhan Naas, Ainal Fataa, Khiltuu Ha Ana Dza,
Falan 'Aq'uda wa Lan Ataballaniy"
Maksudnya: Apabila menjerit manusia, "Dimanakah para pemuda?"... Katakanlah " Inilah aku Disini!!, dan aku tidak akan sesekali duduk dan bermalas - malasan"...
Orang muda, ape lagi?... udah2 la tue menikmati nikmat dunia yang penuh keseronokan dan kesenangan, bila lagi kita nak bersusah2 untuk Allah dan Rasul??..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan