Salam Ukhwah Fillah...
Alhamdulillah, syukur setinggi2nya ke hadrat Allah, kekasih cikgu... Dapat lagi menekan2 papan keyboard ini di kala kesibukan yang melanda beberapa tika ini.
Alhamdulillah, tak lama lagi, menjelma lah Bulan suci, Bulan ibadah, Bulan tadhhiyyah (pengorbanan), Bulan yang mulia bulan Ramadhan, Pastinya Ramadhan kali ini memberi kelainan pada diri cikgu, kerana dapat ber'Ramadhan' bersama anak2 halaqah yang dengan izin Allah semakin maju dan maju kehadapan.
Kalau sebelum ini, hanya Ramadhan dengan keluarga dan teman2, kali ini dapat berpuasa dengan anak2 halaqah. Syukur kepada Allah...
Setiap kali tibanya ramadhan, kita akan disajikan dengan pelbagai input dan info mengenai Ramadhan, fadhilat2 ibadah puasa, peristiwa2 penting yang berlaku pada bulan mulia ini... Tetapi, saban tahun juga kita melihat, ramai yang masih gagal untuk menghayati semangat itu dalam diri masing2..
Benarlah sabda junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "Berapa ramai dikalangan kamu yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga" (Hadith Sahih Riwayat Bukhari)..
Hadith ini jelas menunjukkan kepada kita, betapa masih ramai lagi teman2 kita yang masih gagal menghayati semangat Ramadhan. Semangat untuk terus berada di jalan Allah, semangat untuk terus mencari Rahmat dan Redha Allah, semangat untuk meninggalkan 'jahiliyyah' dalam diri, semangat untuk meninggalkan kemaksiatan dalam diri.
Oleh itu ikhwah fillah, marilah kita hayati sabda Nabi yang berikut:
"Man Shaama Romadhoona Iimaanan Wah Tisaban, Gfufiro lahu ma taqoddama min dzanbih"
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan semata - mata kerana iman dan mengharap perubahan dirinya, nescaya akan diampunkan dosa nya yang terdahulu. (Hadith Sahih Riwayat Bukhari).
Dengan rendah hati dan penuh tawaddhu', cikgu mengucapkan Salam Ramadhan, Ahlan Ya Ramadhan, Selamat Datang Ramadhan, Bulan membina Iman dan Taqwa kita... Jom kita jadikan bulan ini, bulan pesta ibadah...
Orang Muda, jgn lupe Tilawah Al Quran kita tingkatkan kepada 1 Juzu' sehari dan Qiyamullail kita buat setiap malam juga solat tarawikh kita buat setiap malam ye... Insya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan