Pemangku Raja sertai Kempori Diraja Pengakap
Sumber: Berita Harian Online
KUALA TERENGGANU: Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia negeri, berkenan melawat dan menyertai aktiviti Kempori Diraja Pengakap Negeri 2009 di Kem Telaga Batin, Seberang Takir, di sini kelmarin.
Tengku Muhammad Ismail menarik perhatian ramai apabila turut sama mencemar duli menyertai pelbagai permainan di kem itu seperti jambatan monyet, terompah gergasi, gelek rim, memanah dan melawat pameran.
Pesuruhjaya Pengakap negeri, Othman Ismail, berkata ini kali pertama Tengku Muhammad Ismail menyertai kempori itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan