
Naib Yang Dipertua I Majlis Pengakap Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Exco manakala penyerahan pula dilakukan dalam jangka masa terdekat setelah kelulusan diperoleh.
Menurutnya, kem seluas 13.6 hektar itu sebelum ini memang merupakan milik Majlis Pengakap Terengganu, namun ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Integriti selepas pertukaran pentadbiran berlaku.
“Jadi, kita bersetuju untuk kembalikan semula kem ini kepada pengakap bagi kegunaan mereka secara menyeluruh,” katanya yang akan turut membuka peluang kepada orang awam mengadakan aktiviti di sana.
Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis penutup Kempori Diraja Pengakap Terengganu 2009 di Kem Telaga Batin, Seberang Takir, semalam.
Majlis penutup program yang diadakan selama empat hari itu disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, Kerajaan Negeri juga bersetuju menye-rahkan sebuah tanah berkeluasan 16 hektar di Rantau Abang, Dungun kepada Majlis Pengakap Negeri bagi membolehkan pertubuhan itu bergiat aktif.
Beliau berkata, kawasan juga berkemungkinan akan dijadikan lokasi penganjuran Kem Jambori Pengakap Malaysia pada 2010.
“Selangor menolak permohonan mengadakan kem ini di sana dan jika Terengganu jadi tuan rumah, ia akan mencatatkan sejarah tersendiri apabila berlangsung di negeri Yang Diper-tuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai penaung pengakap,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan