Itulah sifat yang perlu ada pada ku pada ketika ini...
Teman2 blogger tentu tertanya2 kenapa dan mengapa kan?...
Itulah dia satu ujian Allah untuk ku...
Semalam, tepat jam 3.55 petang, Dr Chuah Tse Seng, supervisor untuk tugas RA ku, telah memberhentikan ku dari terus berkhidmat dengan dia. Dr Chuah menyatakan khidmat ku akan tamat pada hujung bulan ini dan beliau tidak boleh mengambil ku sebagai pelajar masternya..
Sebab?..
Sebab, biarlah ku dan diriku sahaja yang mengetahui...
Yang penting, hujung bulan ini, ku akan packing barang ku untuk bersiap pulang ke kampung halaman. Mungkin sudah sampai masanya, untukku berkhidmat di tempat sendiri setelah telah lama merantau di tempat orang. Tugas2 ku yang lain, ku perlu habiskan sebelum hujung bulan ni dan akan ku serahkan kepada orang lain...
Sedih juga nak meninggalkan benda yang telah lama kita hadapi, kita alami, kita kerja, kita susah payah kerananya, ku anggap projek padi ku ini seperti sebahagian dari diri ku. Ku sayang projek padi ini....akan tetapi, benarlah firman Allah dalam Al-Quran:
لن تنالواْ البر حتى تنفقواْ مما تحبون وما تنفقواْ من شئ فإن الله به عليم
(Aali 'Imran: 92)
Terjemahan: Kamu tidak akan memperoleh kebajikan sebelum kamu menginfakkan sebahagian HARTA YANG KAMU CINTAI. Dan apa pun yang kamu infakkan, Allah maha mengetahui perkara itu.
(Aali 'Imran: 92)
Terjemahan: Kamu tidak akan memperoleh kebajikan sebelum kamu menginfakkan sebahagian HARTA YANG KAMU CINTAI. Dan apa pun yang kamu infakkan, Allah maha mengetahui perkara itu.
Ku harus lepaskan apa yang ku sayang, semata - mata mengharapkan redha Allah. Ku laksanakan kerja ini hanyalah mengharapkan Redha Nya. Segala apa yang berlaku, ada hikmah dan mungkin peringatan kepada ku sebagai manusia yang lemah lagi terbatas. Apa yang perlu ku lakukan adalah melakukan muhasabah untuk terus menjadi yang terbaik dari sehari ke sehari...i.allah...
Diharap, teman2 bloggers sekalian, dapat memberikan doa untuk ku agar terus berjaya di dunia dan akhirat. Ameen....
Diharap, teman2 bloggers sekalian, dapat memberikan doa untuk ku agar terus berjaya di dunia dan akhirat. Ameen....