Sesunggunhnya, hari ini adalah hari kebesaran seluruh umat Islam seluruh dunia. Memperingati, menghayati, menyemat di dalam hati, bahawa hari ini adalah hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
Ku rasakan, ramai antara kita sebagai muslim, tahu malah hafal akan sirah atau sejarah Rasullullah SAW. Akan tetapi, sangat kurang yang memahami apakah peranan kita dalam hari bersejarah ini.
Ramai orang kite yang bersemangat, membawa sepanduk, berarak sejauh2 yang boleh bagi merayakan Maulid Nabi....Tetapi, jika kita lihat realiti sekarang, apakah Muslim atau 'Pengikut2 Rasullullah' di zaman ini menjadikan baginda sebagai 'role model' yang sebenar?...Apakah kita tidak kenal siapa Nabi?..Tidak kenal siapa Allah?...Tidak memahami mengapa dan kenapa di dalam apa2 yang berlaku semasa Sirah rasul?...Tidak mahu dan tidak mahu tahu apa kesusahan rasul dalam membawa risalah?...
Masya Allah....
Saudaraku Sekalian...
Marilah kita sama - sama bermuhasabah diri, selama kita hidup ini, apakah ada sedikit sumbangan kita untuk ISLAM.... Kita harus faham bahawa, hari kebesaran ini bukan hanya untuk diarak dijalanan mahupun menggantung sebesar - sebesar sepanduk...Akan tetapi ia adalah, sejauh mana kita aplikasikan kehidupan mulia seorang Rasul sebagai rahmat untuk sekalian manusia....
Sirah rasul, bukan hanya sekadar cerita untuk kita tatapi, bukan hanya kisah yang menjadi teman anak - anak sebelum mereka tidur, bukan hanya satu buku sejarah yang dijadikan buku kemudian disimpan dan bersawang - sawang di rak-rak buku...Sirah rasul adalah sebuah 'MANUAL' sebuah kehidupan yang mesti diikut, ditaati, diaplikasi dan dilumat di dalam pemikiran dan perbuatan kita seharian...
Oleh itu, tepat lagi persis lah sabda Rasul yang cukup terkenal ketika khutbahnya pada haji terakhir sebelum kewafatan baginda:
تركت فيكم أمرين, كتاب الله و سنتي, لن تضلواْ أبداٌ إن ثمسكتم بهما
Terjemahan: Aku tinggalkan untukmu dua perkara, Kitabullah (Al Quran) dan Sunnahku, kamu tidak akan sekali - kali sesat jika kamu berpegang teguh dengan keduanya..*
Saudara ku,
Sunnah rasul bukan sekadar pada pemakaian sahaja, serban, jubah dan sebagainya..Teapi sunnah Rasul mencakupi segala aspek kehidupan kita...
Oleh itu, mari kita persoalkan kembali diri kita ini, apakah kita benar - benar cinta pada Rasul.. apakah kita berusaha untuk melaksanakan sunnah - sunnahnya... dan yang paling penting, adakah solat kita mengikut sebenar - benarnya solat seperti Nabi..Sedangkan solat lah amalan yang pertama dihisab oleh Allah SWT. Bagaimana solat kita bisa diterima sedangkan kita tidak mengikut garis panduan yang diberikan oleh Rasulullah SAW....Insya Allah, ku akan berusaha untuk memasukkan post mengenai Sifat Solat Nabi secara berperingkat....
Akhir kata, marilah kita sama - sama banyakkan selawat dan sala keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, kerana baginda kita dapat menghirup udara iman dan Islam seperti sekarang ini....
*harap sahabat2 blogger dapat betulkan jika ada kesalahan dan harap dapat beri takhrij hadith ini.......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan