Assalamualaikum...
Haih.. Ade aje la suare - suare sumbang, "Aih cikgu, template baru nampak.. Azam baru ke.. Nak 'ape' baru nihhh".. Sindir seorang pembaca blog sambil melirik - melirik mata nya kepada saya...
Hidup ini perlu pembaharuan... Hidup ini perlu transformasi bak kate Tuan Haji DS Najib Razak
Kita tak kan maju. kalau kita masih duduk di takuk lama.. Serious.. Tak kan kemana..
Cikgu teringat kata2 Saiyyidina Umar yang pernah cikgu dengar dulu semasa zaman2 sekolah:
"Celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.. Rugi lah orang yang hari ini sama dengan semalam dan Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam"..
Oleh itu, di kesempatan yang ada ini.. Cikgu ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan terus para pembaca budiman.. Teruskan membaca walau tidak banyak pos yang cikgu pos kan di karpet blog ini..
Juga buat ibu dan kakak cikgu tercinta, Salam ulangtahun buat kalian.. Kerana kalian berdua adalah insan istimewa buat diri cikgu.. Walaupun kita JAUH, HATI ini tetap merindu...
Allahumma, kurniakan kepada ku kekuatan untuk terus menulis kalimah mu di tinta blog ini.. Allahumma, Rahmati semua pembaca dan penyokong blog ku ini yang telah kau berikan usianya mencecah 6 tahun..
Allahumma, berikan kebahagiaan dengan ilmu2 yang bermanfaat dari blog ini buat para pembaca yang sedang membaca blog ku ini..
Salawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad Salla Allahu 'Alaihi Wa sallam....