Sumber: http://www.harianblogger.com/9-benda-ini-yang-generasi-sekarang-tidak-akan-faham/
Kali ini dalam segmen santai, kami ingin bawakan pembaca menyelami nostalgia ketika kita di zaman kanak-kanak dahulu.
Yang pasti gambar-gambar yang dikongsikan dari sebuah blog ini bakal mengimbau kembali kenangan manis anda, kami yakin ada diantara kita pernah memiliki atau pernah melakukan aktiviti-aktiviti seperti di bawah.
Dan kami juga adalah salah seorang yang pernah melalui zaman ini, zaman di mana kita menggunakan microsoft word 98 untuk melakukan kerja dokumentasi, zaman dimana kaset masih lagi menjadi kegilaan.
Menarik lagi, ketika belum wujud kamera digital, kami hanya menggunakan kamera kodak untuk merakam gambar, lepas ‘snap’ gambar kena hantar ke kedai kamera untuk proses ‘cuci’ barulah gambar itu terhasil sepenuhnya.. ingat lagi tak?
1. Meniup katridge NES atau N64 ( Game tape) untuk membolehkannya hidup. Tak pasti apa lah magic disebalik tiupan ni yang pasti lepas tiup benda ni pulih seperti sediakala, hebat kan kuasa meniup ni..
2. Memanggil rakan dari rumahnya untuk mengajak keluar bermain bersama.
Ketika di zaman ini, tiada lagi teknologi sms, tiada langsung panggilan telefon yang hanya ada pada ketika itu pun cuma pondok telefon, kalau diharapkan telefon rumah memang mak takkan bagi gunalah disebabkan cas panggilan amatlah mahal ketika itu.
Jadi solusinya kami hanya bergerak sendiri terus ke rumah rakan dan panggil untuk ajak bermain.
3. Lepas tangkap gambar, apa yang dirakam akan tersimpan di dalam kodak dan ia akan dihantar ke kedai gambar untuk proses cuci lebih kurang paling lama pun seminggu. Lepas seminggu barulah beberapa keping gambar terhasil..
4. Yang ini memang RARE! Pernah main benda ni? Walau berkali-kali ulang gambar yang sama tetap tak jemu.
5. Tetikus versi bebola bagi memudahkan kita melakukan pergerakan alat ini. Sekarang kalau sesiapa yang masih gunakan lagi memang dia adalah super-duper oldskool!
6. ‘Peneman setia’ anda ketika melakukan kerja dokumentasi.
7. Generasi dulu jika ditunjukkan gambar kaset dan pensel mereka sudah arif lagi pakar mengenai hubungkait 2 objek ini.
8. Burung magic yang boleh terapung dalam posisi apa sekalipun, banyak terjual di pasar-pasar malam dan menjadi kegilaan kanak-kanak suatu ketika dulu.
9.Benda alah ini dijual RM5 di pasar malam suatu ketika dulu…
Sanggup menangis kot semata-mata nak beli benda ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan