Halaman

Selasa, 26 Ogos 2014

Hati tu Kalau Dah Kotor... Aduuhh...



Assalamualaikum.. Ikhwah2.. Sahabat handai.. Juga kawan dan lawan...

HATI ini sifatnya rapuh, mudah pecah dan mudah berubah. Sesuatu kebaikan itu datang dari HATI, kebaikan akan jadi lebih baik, apabila HATI penuh dengan cahaya.. Sesuatu kejahatan juga datang dari HATI, hanya bila HATI itu berlumut kehitaman dosa dan ragu2..

Kotornya HATI, gundah gulana lah diri.. Sehatnya HATI, tenanglah jiwa.. Rapuh itu memang sifat nya HATI, rawatlah HATI sebagaimana kita merawat diri, mengambil MC apabila sakit..

Badan yang zahir perlu dirawat, apa lagi HATI yang batin?.. Rawat lah HATI dengan ISTIGHFAR.. Kawan2, tiada rugi bila lidah sentiasa basah dengan ISTIGHFAR.. tak perlu jadi ustaz dulu, tak perlu jadi ustazah pun, xde kelayakan untuk jadi ulama' dulu pun untuk kita terus menerus berISTIGHFAR.. 

Apa makna ISTIGHFAR?.. Ya Allah, Ampunkan aku, aku ni banyak dosa..

Ku Mayoh Dosa Ya Tara (Basa Iban)... Kamek banyak dosa Oo DengKu Allah (Melayu Sarawak).. Dosaku iki kok akeh banget ya Allah (Boso Jowo).. Please forgive me Oo Allah.. 

Fahamkan?.. so.. minta lah ampun dalam apa jua bahasa.. yang penting kita hayati.. selami... apa juga ucapan yang kita ucapkan.. Ucapan ini, menunjukkan betapa manusia itu, perlu sekali berGANTUNG kepada Allah... bagai seperti seorang pengembara yang terjatuh di perigi, lalu tergantung di tali, di bawah buaya menanti, diatas singa memerhati.. 

Hah!?.. itu lah terdesaknya manusia perlukan pertolongan.. Perlukan pengampunan.. Terus menerus minta ampun, minta maaf kat seseorang yang memang kita dah buat salah, rasa2 dia nak ampunkan x?..

Jangan jadi kakak tua, pandai berkata - kata tapi tiada erti makna...  

Itulah HATI yang perlu berGANTUNG kepada Allah, melalui salah satu cara iaitu ISTIGHFAR..

Waktu bila?.. hah.. mudah... waktu sebelum suboh la waktu paling IDEAL nak minta maaf kt Allah... Jangan tunggu, jangan lengah... dah g istighfar kat tuhan kamuuu....


p/s: orang muda, kurang2 kan le lidah tu dengan basa2 sengal korang tu, jom beralih kepada ISTIGHFAR agar HATI lebih cool, gojes lagi IDEAL...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan