Halaman

Jumaat, 18 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA...

SELAMAT HARI RAYA - CIKGU AD...




SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA ALLAH...

AYUH TINGKATKAN AMALAN KITA DI AKHIR2 BULAN RAMADHAN INI.. INILAH MASANYA UNTUK MENCAPAI DARJAT TAQWA DAN MENDAPAT LAYLATUL QADAR..

SEDAR KAH KITA, PERKATAAN "KHAYRUN MIN ALFI SHAHR" = MALAM AL QADR ITU LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN" DI DALAM SURAH AL QADR MEMBAWA MAKNA YANG SANGAT BESAR?..

APA YANG BESAR CIKGU?..

Meh cikgu cerita sikit... 1000 adalah bilangan yang paling banyak bagi masyarakat Arab semasa penurunan surah ini. Jika ia dibawa di zaman ini, apakah bilangan yang paling banyak yang manusia sekarang pernah kenal?.. Puluh ribu?.. Ratus Ribu?.. Juta?.. Ratusan Juta?.. Bilion?.. Trilion?.. Infiniti?..

Maknanya, ibadah di malam Al Qadr adalah lebih baik dari INFINITI bulan... Subahanallah... Teruskan mengejar... Teruskan berharap... Teruskan takut Allah tidak terima amalan2 kita...

Ya Allah, di malam mulia ini, aku menadah tangan dengan penuh kehunaan ini, Ampunkan aku, ampunkan kedua ibu bapa ku, ampunkan keluarga ku, ampunkan anak2 didik ku, beri mereka kekuatan dalam mengemban Beban Firman Mu ya Allah.. Buang sifat malas, curiga dan khianat dalam hati2 mereka ya Allah...

Allahumma ya Allah, hati ku yang kotor ini malu memohon kepadamu... Bersihkan hati ku... Bersihkan perbuatan2 kotor ku... Bersihkan perkataan kotor ku... Aku mohon pada Mu... Tolong kami yang hina ini ya Allah...

Allahumma ya Allah, musibah apa lagi yang melanda negara ku hari ini?.. Sesungguhnya sangat ku faham ini adalah peringatan daripada sisimu yang Mulia... Ya Tuhan kami... jangan lah Engkau seksa kami andai kami lupa dan salah.

Menangis lah orang muda, tumpahkan air mata mu.. Tumpahkan ia.. Tiada diazab mata yang mengalir air mata hanya kerana takut kepada Kemurkaan TuhanNya...