Halaman

Khamis, 17 Mei 2012

Pesan Pak Samad..



Tanggal 28 April, sempat cikgu beramah mesra bersama Datuk A. Samad Said. Sambil membahasakan dirinya Bapa, beliau meninggalkan pesan. Antaranya:

"Orang muda, jangan biarkan orang tua rakus berkuasa"

sambil merujuk 'orang tua' itu ialah UMNO dan pemimpinnya..

Sambung beliau lagi,

"UMNO ialah parti yang baik, akan tetapi sudah terlalu lama berkuasa sehingga menjadi rakus memamah dan meratah daging rakyat"

Bergetar hati cikgu mendengar kata2 seorang sasterawan ulung yang lagi tepat dan tertancap di minda. Lalu beliau menyambung

"Kuasawan apabila sudah berkuasa akan pasti bernafsu menjadi niagawan, niagawan apabila habis menjana untung sudah pasti akan mendamba menjadi seorang kuasawan"

cikgu amat memahami kata2 beliau... pasti bisa membakar semangat kami untuk terus berjuang...

Akhir kata dari beliau ketika bicara petang itu,

"Ok, sudah ya.. Terima kasih. Minta izin bapa untuk menyambung bacaan Al Quran"..

Alhamdulillah... lalu beliau menyambung bacaan di saf hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur walaupun lelah berdemonstrasi belum lagi reda..