Salam, Pembaca budiman...
Di mana kubur kita?... |
Kubur dan kematian adalah suatu hal yang pasti... Nak mati, mati... Tak Nak mati, mati... Suka mati, memang mati... Tak suka mati pun mati... Itulah kepastian mati...
Mati menjadi tazkirah atau peringatan terbaik buat kita. Ingatlah mati ketika sedang mula berniat melakukan kejahatan dan kema'siatan... Ingatlah mati ketika sedang berjinak2 meninggalkan da'wah dan tarbiyah utk diri juga masyarakat... Ingatlah mati ketika enak menghirup dan menyedut asap2 rokok yang haram lagi keji itu!!...
Paling memilukan, aktivis2 da'wah (apa2 jemaah pun) kita yang susah meninggalkan tabiat buruk nya.. Pandai bercakap mengenai Islam dan keindahannya, akan tetapi dia sendiri yang mengotori Islam dengan kejelekan perangai yang tak ingat mati dan cintakan dunia...
Benarlah sabda nabi, yang menyatakan umat zaman ini bilangannya ramai, akan tetapi seperti buih2 di lautan. Bertanya para sahabat, mengapa sampai begitu Ya Rasulallah?.. Kerna sejenis penyakit iaitu 'Al Wahn'... Tanya para sahabat lagi, Apakah yang dimaksudkan dengan 'Al Wahn'?.. Hubbud Dunya, wa Karahiyatul Maut sabda rasul... Cintakan Dunia, dan Takut Akan Mati....
Pembaca Aktivis Da'wah sekelian...
Cikgu berkesempatan mengiring jenazah ayah seorang sahabat yang telah meninggal dunia petang tadi ke kubur... Itulah tazkirah yang paling penting... Tazkirah mengingati mati... Dengan nada serius, cikgu menyatakan satu hasrat kepada seorang teman "Aku rasa, aku nak tempah kubur la"...
Kita tak akan tahu bila kematian akan menjemput kita... Bukan bila yang penting, yang penting ialah soal 'persediaan' kita utk menghadapi mati... Mati tidak mengenal umur... Mati tidak mengenal kawan dan lawan... Juga mati tidak mengenal erti tempoh lanjutan juga tempoh akhir...
Firman Allah,
Idza ja a ajaluha, la yasta'khiruna sa'atan wa la yastaqdimuun...
Maksud: Apabila datang ajal (kematian) seseorang, tiada lambat mahupun cepat....
Ayuuh!!... Mari sediakan bekal2 kita di akhirat!!... Mari sediakan hidangan2 lazat yang bakal di makan di padang mahsyar dan mizan..
Ayuh giatkan usaha da'wah kita supaya kita dirahmati oleh Allah... Rencanakan setiap program, liqa juga daurah setiap masa... Tumpukan usaha utk merubah umat ke jalan yang benar... Rutinkan bacaan Al Quran kita setiap hari... Rukunilah masyarakat dan keluarga kita ke jalan Allah...
Hanya kerana kita tidak tahu bila akan datang ajal kita..... Hanya kerana kita sedang bersedia menempah lot kubur sebagai rumah kita di alam barzakh.....