Salam ikhwah fillah...
Ayuh kita bicara soal da'wah.... Murabbi adalah komponen penting dalam da'wah dan tarbiyah... Murabbi lah yang berperanan menyampaikan dan mengembangkan da'wah Islam di seluruh pelusuk alam... Murabbi lah juga yang menjadi penyambung2 risalah Rasul dan Firman2 Tuhannya.... Murabbilah juga yang menjadi susuk tubuh contoh ikutan anak2 liqo'nya... Tanpa kenal erti susah juga jerit2 jeritan payah....
Jadi, siapa itu murabbi?...
Ikhwah fillah....
Murabbi atau sang pemberi tarbiyyah Islam, ialah seorang figur manusia yang memimpin dan juga pengembang2 halaqah2 tarbiyyah di mana2 medan da'wah pun... Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memacu dan membawa hala tuju halaqah yang dipimpinnya... Beliau adalah orang yang sangat rapat dan berkasih sayang terus dengan anak2 buah halaqah liqo'nya...
Seluruh tugas Nabi, dibeban atas pundaknya... 1. Yatloo 'alaihim ayaatuhu - membacakan ayat2 dan firman2 Allah kepada objek da'wahnya... 2. Wa Yuzakkihim - Dan menyucikan hati2 juga fikiran mereka 3. Wa Yu'allimukumul Kitaaba wal Hikmah - Dan seterusnya mengajarkan mereka Al Quran dan Sunnah ( Al Quran Al Jum'ah:2)..
Itulah beban tugas seorang Murabbi... Untuk apa tugas ini dilaksana?... Hanya kerana membangkitkan juga mencetak generasi2 Rabbaniy yang dituntut Allah kepada setiap hambaNya.... Walaakin kunuu Rabbaniyyina - Akan tetapi jadilah kamu sebagai generasi2 Rabbaniy (generasi yang berpaksikan Allah sebagai tujuan Hidupnya).... Bima kuntum tu'allimuunal kitaaba - dengan apa yang kamu ajarkan Al Quran... Wa bima kuntum tadrusuun - Dan juga dengan apa yang kamu pelajari dari Al Quran itu... (Al Quran: Ali Imran: 79)...
Itulah ikhwah fillah.... peranan sebenar seorang Murabbi... Murabbi amat2 berbeza dengan seorang 'Fasilitator' atau 'Naqib' atau apa istilah sekalipun... Istilah Murabbi itu adalah Istilah yang paling tepat kerana Allah yang memberi gelaran itu... Rabbaniyy, Murabbiy (Al Quran Ali Imran:79)...
Kerna menjadi seorang murabbi itu seharusnya mempunyai empat ciri berikut:
1. Dialah sebagai seorang AYAH kepada anak2 liqonya... Demam sakit anak2 liqo'nya wajib dideritai bersama... Payah jerih anak2 liqo'nya disertai bersama... Suka tangis anak2 liqo'nya juga ditangisi dan disukai bersama....
2. Dialah sebagai seorang USTADZ kepada anak2 liqo'nya... Menjadi rujukan apa jua masalah dalam dan luar peribadi... Menjadi pengaman hati2 manusia yang sedang dilanda ombak dan duri yang tiada henti.... Menjadi solusi utama permasaalahan anak2 liqo'... Menjadi pusat curhat (curah hati) umat ini...
3. Dialah sebagai seorang SYEIKH kepada anak liqo'nya... Menjadi sumber ilmu buat mereka.... Ilmunya melimpah ruah dan penuh hikmah.... Kasih sayang sentiasa disemai.... Sentiasa bermanis muka dalam apa jua keadaan... Tajam pemikirannya sehingga bisa menerkam lembut kedalam hati anak2 liqo'nya...
4. Juga dialah sebagai seorang JENERAL kepada batalion tentera yang sudah bersedia membangun dan menerobos hati2 manusia yang rosak dan wajib diubati.... Barisan tentera yang dibina akan dipimpin olehnya sebagai seorang JENERAL... Barisan tentera yang bersedia mengemban beban da'wah!!...
Ikhwah fillah orang muda.... hargailah Murabbi kita... Kasihilah dia sebagaimana dia mengasihi kita... Ucapkanlah kata2 sayang buatnya kerana dialah yang menjadi penyampai2 Firman Allah dan Risalah Rasul kepada kita.....
Buat Para Murabbi ku.... Inilah anak liqo'mu bermadah... Ketahuilah bahawa kasih dan sayang ku tak pernah putus buat Mu hy kerana Ridho Allah yang kita cari ... Ucapan beribu terima kaseeh Jazakumullahu Khairan buat antum para Murabbi Ku.. Moga Allah nilai usaha kecil kita ini dengan Mahligai syurga yang kekal abadi....