Halaman

Jumaat, 7 Oktober 2011

Ikhwah Mesti Cemerlang!!...

Salam, Ikhwah Fillah...



Dalam melayari bahtera da'wah dan tarbiyyah di sekolah, aspek akademik tidak harus dipandang mudah. Seorang aktivis da'wah di sekolah mesti ada kemampuan untuk meningkatkan kapasiti studinya dengan baik. Mesti kena ada target, mesti ada matlamat dalam belajar, mesti bersungguh2 dalam belajar. Kerana apa?..

Kerana kita adalah Dai'e... Kerana kita adalah contoh2 manusia di hadapan kawan2 yang lain... Kerana kita adalah pemegang amanah Allah.. Kerana Allah menghendaki supaya kita cemerlang dan menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik...

Allah rakamkan dalam firmannya yang maha Agung:

Fa Inna maal 'usri yusro (5) Inna ma'al 'usri yusro (6) Fa idza faraghta fansab (7) Wa ilaa robbika farghab (8)

Maksuddnya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa setiap kesukaran pasti disertai kemudahan [5] (sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya bersama setiap kesusahan pasti akan disertai kemudahan [6] maka apabila selesai urusan ibadah, bersungguh - sungguhlah membuat ibadah yang lain [7] dan kepada tuhan kamu sahaja kamu memohon (apa yang digemari dan disukai) [8].. [Surah Alam Nasyrah; 5-8]

Ikhwah fillah, 

Ayat Allah ini sangat dekat dihati kita. Allah menjanjikan kemenangan, kejayaan, kesuksesan dan kemudahan buat orang2 yang berusaha bersungguh - sungguh tanpa mengenal erti susah apalagi putus asa. 

Teruskanlah dengan usaha untuk cemerlang akhlaq, da'wah, tarbiyyah juga akademiknya. Teruskan membanggakan Allah, Rasul, guru2 dan ibu bapa. Teruskan melangkah kaki dengan yakin dan semangat semata2 mengharap Rahmat dan keampunan Allah...


Tinggalkan rasa tidak yakin, malas dan tidak bersemangat. Tujukan aktiviti, program dan kehidupan seharian kita hanya pada benda2 yang penting dan aula sahaja. Buang segala yang negatif dan bersihkanlah hati dari segala kekotoran jiwa, ma'siat dan umpat - umpatan yang merugikan...

Cikgu doakan, kalian ikhwah fillah sentiasa mendapat Rahmat Allah... 

Ingat, dakwah seorang pelajar yang utama adalah PELAJARAN nya...

Orang muda, dah cukup ke study kite?.. SPM n peperiksaan lain nak mule da nie... ke duk terkial2 lagi baru nak buke buku?.. banyak lagi subjek yang fail??..