Halaman

Rabu, 24 Ogos 2011

Kenapa Kita Malas Beribadah??..

Salam ikhwah fillah...

Sepuloh malam terakhir bulan paling mulia, bulan Ramadhan ini cukup menginsafkan diri kita. Cukup membekalkan kita dengan amal2 soleh yang meruntun jiwa dan hati yang sentiasa bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Hati seperti fungsinya, wajib dibersihkan. Solat seperti syariat nya juga menuntut kita untuk mengAGUNGkan Allah dan mengHINAkan diri kita dihadapan Allah. Betapa hinanya dan kejinya diri kita jika nak dibadingkan dengan kebesaran Allah!!..

Apakah nasib kita kalau2 Allah tidak terima amalan kita selama ini?.. Itulah perkara yang paling ditakuti oleh orang2 yang beriman.. Na'udzubillah!!..

Akan tetapi, ada kala dan waktu nya, diri kita dilanda krisis dan dilema sehingga menyebabkan kita 'down' dan malas untuk beribadah. Apa puncanya?.. Di sini cikgu akan menggariskan beberapa puncanya berdasarkan kuliyah Subuh awal pagi semalam :

1. Berlebih - lebihan dalam perkara yang HARUS

Ini lah sifat manusia, perkara yang harus dalam kehidupan seperti makan, minum, borak, dan sebagainya di lebih2kan dalam kehidupan seharian. Apabila kita berlebih2han dalam makan dan minum contohnya, perut mula penuh, badan mula penat, dan mula terdetik didalam hati untuk malas melaksanakan ibdah!!...

2.Banyak ma'siat yang dilakukan

Ma'siat ialah satu bentuk pendurhakaan kepada Allah. Ia boleh jadi secara sembunyi maupun secara terang - terangan. Ma'siat dapat membawa kita terus ke kancah merudumnya ibadah seterus nya menempah tiket ke neraka Allah.

3. Tidak ingat MATI

Dengan mengingati MATI, hati ini akan sentiasa bugar dan segar dengan iman dan ibadah soleh. Mati lah motivasi paling baik buat diri yang sentiasa lupa dan leka dengan buaian dunia yang mempesona. Apa guna ilmu yang banyak tapi MATI dalam kekafiran?.. Apa guna harta yang banyak tapi MATI dengan harta yang tidak berguna?.. Apa guna pangkat dan jawatan tapi MATI dalam kehinaan dan murka Allah?..

4. Sentiasa Rasa Diri Cukup Dengan Ibadah.

Inilah musuh buat diri kita. Hati yang sentiasa merasa cukup dengan ibadah yang dilakukan. "Ah.. cukuplah solat 3 waktu jer, orang lain wat 2 jer" kata seorang pemuda yang rasa cukup ibadahnya. Inilah perangai buruk lagi tercela yang menjadi barah dalam masyarakat kita. Cuba kita lihat sifir dibawah:

1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia
1 hari dunia       = 1/(365hari x 1000 tahun)
1 hari dunia       = 0.0000027 hari akhirat

kalau kita hidup selama 25 tahun (9125 hari), 9125hari x 0.0000027 hari akhirat = 0.0246375 hari di akhirat!!.. iaitu bersamaan 0.5 jam sahaja kita hidup di akhirat!!... Apakah amalan kita selama 0.5 jam ini cukup dan melayakkan kita untuk masuk syurga Allah?.. Apakah layak amalan kita yang hampir2 tiada ini dilihat dan dinilai Allah?.. Dengan amalan 0.5 jam ini kita nak bangga dengan manusia lain?.. Itupun kalau kita beramal berterusan tak henti2 selama 25 tahun, belum tolak tidur dan lain2!!.. 

Ingatlah ikhwah fillah... Bukan amalan kita yang melayakkan kita masuk syurga Allah, akan tetapi dengan RAHMAT dan keampunan Allah lah satu2 nya tiket yang melayakkan kita melangkah syurga Allah yang kekal abadi....

Teruskan memburu RAHMAT dan keampunan Nya di akhir Ramadhan ini. RAHMAT dan keampunan Allah sentiasa terbuka luas buat hamba Nya yang mencari dan terus mencari tanpa kenal erti penat dan malas!!..

"Allah sembunyikan RAHMAT Nya dalam ketaatan hamba Nya, dan Allah juga sembunyikan MURKA Nya dalam kema'siatan hambanya"....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan