Salam ikhwah fillah...
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kita akan merayakan Eidil Fitri pada hari selasa, 29 Ogos 2011 1 Syawal 1432H. Sambutan hari raya ini akan menjadi sambutan yang terbaik dan tercantik jika kita sambut ia dengan ilmu dan sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasululla SAW.
I.allah, disini cikgu akan senaraikan beberapa sunnah dalam menyambut hari raya. Maaf jika rujukan sedikit kurang supaya memudahkan pembacaan pembaca sekelian.
Amalan2 Yang Disunnahkan Pada hari raya 'Eid Al Fithri:
1. Bertakbir Mengagungkan Allah SWT.
- Bertakbir merupakan satu syari'at sebagaimana yang Allah firmankan dalam Surah Al Baqarah: 185. Mengenai tempoh pula, disunnahkan bermula ketika terlihatnya anak bulan sehingga selesai khutbah hari raya ( Ibn Taimiyyah R.H, Majmu' Fatawa, jilid 24 ms.220 & 221)
- Disunnahkan bertakbir bermula dari keluar rumah sehingga sampai di masjid untuk menyerlahkan syi'ar Islam (Al Hafidz Ibn Hajar Al Asqalani, Fathul Bari Penjelasan Kitab Shahih al Bukhari, Jilid 5, ms. 315).
2. Mandi Di Pagi 'Eid
- Disunnahkan mandi sebelum berangkat menunaikan solat 'Eid. Adalah Nabi SAW mandi sebelum berangkat menerjakan solat 'Eid (Ibnu Qayyim al Jauziyyah, Mukhtasar Zaadul Ma'ad, ms 48).
3. Makan sebelum Solat 'Eidil Fithri
- Disunnahkan untuk menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat 'Eidil Fithri. Ini bertujuan untuk menutup segala andaian bahawa dibenarkan puasa pada hari Raya pertama (al Mullab R.H, dinukil dari Fathul Bari, jilid 5, ms 272).
4. Memakai Pakaian yang Indah
- Disunnahkan untuk kita menghiaskan diri dengan pakaian yang indah2 pada hari raya 'Eid. Imam Syafi'i Rahimahullah berkata:
"Saya lebih suka seseorang memakai pakaian terbaik yang dia miliki pada hari - hari raya iaitu hari Jumaat, dua hari raya ('Eidil Fithri & 'Eidil Adha) dan tempat - tempat keramaian Hendaklah dia memakai baju yang bersih dan memakai wangi - wangian." (Imam Al Syafi'i, Ringkasan Kitab Al Umm, jilid 1, ms327).
5. Berjalan Kaki Menuju Tempat Dikerjakan Solat 'Eid.
- Disunnahkan berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat 'Eid jika tidak memberatkan . Ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Saiyyidina Ali Bin Abi Thalib R.A : Termasuk sunnah iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat 'Eid dan memakan sesuatu sebelum berangkat. (Hadith Riwayat Imam Tirmidzi didalam Sunan al Tirmidzi, Kitab Jamaah, hadith no: 487).
- Imam Syafi'i juga menjelaskan di dalam kitab Al Umm: Kami mendengar dari al Zuhri bahawa dia berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah menaiki kenderaan baik ketika solat 'Eid ataupun solat jenazah." (Dinukil dari Fathul Bari, jilid 5, ms 286).
- Mengikut Jalan Yang Berbeza Ketika Pergi dan Kembali dari Mengerjakan Solat Eid. Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat 'Eid. Jabir Bin 'Abdulah R.A berkata: Nabi SAW melalui jalan yang berbeza pada hari 'Eid (Hadith Riwayat Imam al Bukhari di dalam Shahih al Bukhari, Kitab al 'Eidaini, hadith no 986).
6. Tempt Perlaksanaan Solat 'Eid adalah di Musholla.
- Amalan ini hampir tidak dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Apakah itu musholla dan apakah beza dengan masjid?.. Al Hafidz Ibnu Hajar Al Asqalani menjelaskan:
"Adapaun perbezaan di antara mushollah dan masjid adalah bahawa musholla berasa di tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin. Sedangkan masjid berada di sebuah tempat (bangunan) yang tertutup, sehingga terkadang seorang khatib hanya dapat melihat sebahagian jemaah sahaja. Solat 'Eid disunnahkan untuk tidak dilakukan di masjid kecuali apabila dalam keadaan darurat (seperti hujan, angin kencang dan lainnya." ( Al Hafidz Ibnu Hajar al Asqalani, Fathul Baari jilid 5 ms. 341).
- Walaupun solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik dari 1000 kali solat (Hadith Bukhari No: 1190), tetapi baginda Rasulullah tetap mengutamakan solat 'Eid di Musholla (Ibnu Quddamah R.H di dalam al Mughni jilid 3, ms. 260). Oleh itu sewajarnya umat Islam di Malaysia berusaha untuk mengembalikan pengamalan sunnah Nabi SAW yang semakin dipinggirkan ini.
- Walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk melaksanakan solat 'Eid di masjid jika masjid itu mampu untuk menampung jamaah yang ramai sebagaimana pendapat Imam Syafi'i dan kesimpulan al Hafidz Ibnu Hajar al Asqalani dalam kitab sebelum ini.
7. Hukum solat sunat 'Eid adalah sunat muakkadah iaitu sunnah yang sangat2 dituntut. Kerana berdasarkan hadith Rasulullah amat bersungguh2 melaksanakannya (Hadith Riwayat Bukhari dalam Shahih Bukhari, Kitab al 'Iedaini, hadith no 981)
6. Bergembira Di Hari Raya 'Eidil Fithri
- Islam adalah agama yang praktikal dan munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan tersebut dengan kegembiraan dan kemeriahan.
- Nabi SAW juga membenarkan persembahan2, nyanyian2 mengikut kebiasan setempat akan tetapi tidak lah berlebihan dan melanggar syari'at (Hadith Bukhari, no. 949 dan 950).
Ikhwah Fillah,
Ayuh kita semarakkan sunnah Nabi dalam sambutan hari Raya kita supaya sambutan kita seolah2 seperti kita menyambutnya bersama Nabi SAW yang kita cintai. Ingatlah!!, petunjuk yang paling utama ialah petunjuk dari Rasullah SAW. Jangan kita jadikan Hari Raya kita dicemari dengan ibadah2 yang tidak ada asal dalam syari'at dan paling malang sekali, hari raya yang menjadikan kita semakin jauh dari Rahmat dan Hidayah Allah SWT yang diusahakan selama bulan Ramadhan sebelumnya....
(Artikel ini diambil dan diringkaskan dari Buku Amalan - Amalan di Bulan Ramadhan susunan Hafidz Firdaus Abdullah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan