Salam Pembaca Budiman..
Keghairahan kita untuk menyemarakkan bulan suci, bulan Ramadhan sangat menggalakkan terutamanya di kalangan pemuda malah pelajar - pelajar sekolah. Kesempatan i'tikaf di masjid digunakan sebaiknya untuk beribadah malah ada yang belajar dan mengulangkaji di masjid. Masjid secara tiba - tiba menjadi meriah dengan kehadiran pelajar - pelajar yang datang untuk beri'tikaf terutamanya waktu cuti dan hujung minggu.
Namun, disebalik kemeriahan ini, ada satu aspek yang ramai di kalangan kita lupa dan alpa. Iaitu adab dan akhlaq di dalam masjid. Ramai dikalangan kita yang tidak menjaga adab di dalam masjid ini. Jangan sampai kita menggunakan kesempatan ber'tikaf ini ini untuk tujuan berma'siat pada Allah!!... Jangan sampai kita beri'tikaf mengharap keredhaan Allah tetapi Allah melaknat kita kerana tidak menjaga adab dan akhlaq di rumahNya!!...
Soalnya, apa adab2 beri'tikaf ya?.. I.allah, disini cikgu akan berikan sedikit informasi mengenai adab2 dan akhlaq2 yang patut dijaga ketika ber'tikaf di masjid:
1. Niat yang ikhlas untuk beri'tikaf dan semata2 mengharap keredhaan Allah.
2. Membawa kelengkapan yang secukupnya untuk tidur di masjid. Contoh seperti baju tidur, selimut, berus dan ubat gigi, tuala dan sebagainya.
3. Ketika sampai di masjid, sebelum duduk ber'tikaf, dirikanlah solat tahiyyatul masjid 2 rakaat bagi menghormati masjid.
4. Duduk diam, berzikir, membaca Al Quran dan banyakkan beristighfar sebelum tidur.
5. Tidak membawa barang2 elektronik seperti laptop, kamera, handphone (utk tujuan dengar muzik yang melalaikan). Fokuskan diri untuk beribadah dan menghambakan diri kepada Allah.
6. Jangan berlari2 di masjid, kerana perkara itu menggangu jemaah lain yang sedang beri'tikaf. Ingat!!, menggangu orang lain adalah perkara yang zalimm dan orang yang zalim dijanjikan neraka oleh Allah!!..
7. Tidak bercakap, berbincang, berborak perkara2 yang melalaikan dan melekakan hati dari mengingat Allah.
8. Sediakan lapik untuk tidur (tikar, selimut dsbnya), jangan tidur tanpa ada lapik kerana dikhuatiri mengotorkan masjid tempat orang bersujud menghadap Allah.
9. Tidur dengan teratur tidak bersepah2 seperti para mayat lepas habis perang!!. Dada kanan menghadap kiblat. Dilarang tidur meniarap kerana cara tidur itu disukai oleh syaithan!!.. Dan jaga diri dari menghadapkan kaki ke kiblat atau ke kitab2 Suci Al Quran.
10. Bangun awal, contoh jika Qiyamullail bermula jam 4 pagi, bangun lebih awal dari itu dan persiapkan diri untuk bangun malam.
11. Laksanakan ibadah malam dengan penuh khusyuk, dan ingat!!, waktu itu lah Allah SWT dan para Malaikat A.S turun ke langit dunia dan melihat amal2 hambaNya.
12. Sertai jamaah yang sedang berqiyamullail mengikut imam. Tidak salah solat sendiri tetapi lagi salah kalau imam sedang solat, dia masih tidur lagi!!.. Kalau nak banyak tidur, balik rumah xpayah i'tikaf di masjid, jangan merosakkan kesucian masjid dengan perbuatan buruk kita.
13. Ingat, Allah sedang melihat setiap inci gerak geri perbuatan kita di mana pun. Bagi yang membawa barag2 berharga, jaga barang itu dengan baik dan rapi. Pihak masjid tidak bertanggungjawab dengan kehilangan barang2.
14. Kemas barang2 tidur selepas sahaja bangkit dari tidur dan pastikan jangan ada barang2 peribadi yang tertinggal.
15. Kejar dan berlumba2 lah untuk mendapatkan saf pertama ketika solat subuh kerana di situ mempunyai banyak kelebihan. ganjaran dan dipandang tinggi oleh Allah SWT.
16. Dirikan solat sunat fajar (solat sunat diantara azan dan solat subuh) kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat baginda.
17. Selesai solat Subuh, pulanglah dengan baik dan tidak tergesa2 kerana tergesa2 itu adalah sifat syaithan laknatullah.
Itulah 17 adab2 ber'itikaf di masjid yang dapat cikgu berikan berdasarkan pengalaman sendiri. Apa yang penting ialah, iklaskan diri dan hanya mengharap Rahmat Allah semata2 ketika beribadah dan ber'tikaf di masjid.
Orang muda, dah nak dekat 10 terakhir Ramadhan nie, tak kan sedap dengan selimut dan katil kat rumah je kot. Bile nak rase susah untuk Islam seperti Nabi SAW?.. Ingat!!... Lailatul Qadar hanya untuk orang yang beribadah dari mula Ramadhan lagi!!, jangan harap nak jumpa Lailatul Qadar kalau xpernah rasa susah untuk beribadah!!!...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan