Salam Ikhwah Fillah...
Gambar hiasan |
Belakangan ini, banyak sekali isu - isu agama timbul di negara kita yang tercinta. Yang terbaru, yang agak mencetuskan kontroversi ialah isu sebuah gereja yang telah disiasat oleh pihak JAIS atas tuduhan menyebarkan Agama Kristian kepada orang ramai. Di dalam majlis di gereja itu, dilaporkan mereka membuat kebajikan kepada orang2 yang memerlukan.
Di sini cikgu ingin mengajak para pembaca berfikir sejenak, dimanakah peranan kita dalam isu ini?... Mengapa orang bukan beragama Islam sudah mula menyebarkan agama mereka?.. bagaimana bukan Islam boleh membantu orang Islam dalam hal kebajikan?.. Bukankah itu adalah tuntutan Islam??..
Dr Yusuf Al Qardhawi - Ulama Terkemuka Islam |
Ya... sudah tentu jawapannya ialah kerana diri kita sendiri sebagai muslim. Kita sebagai muslim gagal untuk memahamkan mereka apa itu Islam. Jangan kita persoal orang lain, persoal kembali diri kita. Selama kita duduk di bumi bertuah Malaysia ini, apakah kita telah sampaikan kebenaran Islam kepada mereka yang bukan beragama Islam?.. Apakah kita sudah benar2 faham apa tuntutan2 Islam dan apa yang terkandung di dalam Al Quran?..
Father John |
Kalau kita sendiri pun gagal untuk memahami Islam, apatah lagi orang yang bukan Islam?.. Lihat sahaja pihak pemerintah kita, setiap tahun (setiap kali sebelum Ramadhan) tidak pernah lepas menganjurkan Tilawah Al Quran, setiap tahun juga lah Yang DiPertuan Agong akan bertitah perlunya umat Islam kembali kepada Al Quran... Akan tetapi, sejauh mana titah itu dihayati?.. Berapa ramai Kristian yang telah kita sampaikan Islam kepada mereka?.. Apa usaha kita untuk memahamkan Islam kepada mereka?... Berapa banyak perbincangan antara agama telah dibuat dan dianjurkan?...
Tepuk dada, tanya iman kita... Apa usaha dan sumbangan kita untuk Islam, dan jangan ditanya apa sumbangan Islam utk kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan