أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ
آيَاتِنَا عَجَباً9 إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً10 فَضَرَبْنَا عَلَى آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَداً11
Maksudnya: Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan? (9) (Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdo'a: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).(10) Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu (11). Surah Al Kahf: 9 - 11
Salam ikhwah fillah...
Benarlah firman Allah diatas... Dan sesungguhnya hanya firman Allah lah yang boleh membimbing dan menuntun jiwa dan hati kita untuk menghadap Allah di akhirat kelak...
Sengaja cikgu mulakan bicara kali ini dengan ayat Al Quran diatas. Ayat diatas menceritakan kepada kita kisah sekumpulan pemuda yang ditidurkan oleh Allah didalam gua kerana demi menyelamatkan prinsip aqidah mereka dari dinodai dan dirosakkan oleh pemerintah pada zaman itu. Cikgu bukan ingin bercerita kisah Ashabul Kahf ini, tetapi cikgu ingin sekali membawa pembaca kepada makna pemuda yang sebenar..
Benar sekali dinyatakan bahawa, Al Quran diturunkan bukan semata2 cerita2 kosong atau cerita kedai kopi, akan tetapi setiap cerita itu merupakan wahyu kepada manusia semuanya untuk diambil iktibar dan pengajaran yg amat berguna buat insan yang asyik lupa lagi alpa ini.
Kerna itu, Allah menyebut kisah ini ialah kisah yang 'ajaib' dan mengherankan... Kisah ini ialah kisah yang boleh menghubungkan seorang hamba kepada penciptanya.. Kisah yang boleh menunjukkan betapa hebatnya Allah... Kisah yang mempunyai nilai2 kebergantungan kepada Allah yang tinggi walaupun pemuda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untu memilih jalan ma'siat...Kan pelik tu?..
Jadi, kenapa Allah memilih Pemuda dalam ayat ini??.. Kenapa Allah tidak pilih orang2 dewasa @ tua untuk berjuang menegakkan prinsip2 Islam?... Kenapa Allah menggunakan perkataan Fityatun = pemuda dalam ayat ini?.. Kan banyak lagi perkataan Arab yang menunjukkan pemuda seperti Syabaab, Rijaal dan sebagainya??..
Haaa... Mari kita kenal dulu, siapakah fityah yang Allah sebut dalam ayat ini.
Dalam kebanyakan kamus bahasa Arab, Fityah = diertikan sebagai lelaki yang cukup sifat kelelakian dan mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan dan hanya menumpukan kepada urusan - urusan prinsip. Faham elok2 ma'na fityah ini...
Ini bermakna, fityah yang disebut Allah dlm Al Quran ialah pemuda yang cukup sifat lelaki, xlembik, kuat, bersemangat untuk menegakkan Islam dan diaseorang yang mampu untuk membuat keputusan yang baik untuk dirinya dan berjuang hanya semata - mata menegakkan kalimah prinsip dalam Islam iaitu Kalimah La Ilaha Illa Llah...
Persoalannya ialah, kita ini fityah ke pemuda biasa?... Kita ni dah boleh digelar fityah atau belum?.. apa perjuangan kita yang sebenar?.. Kerana:
Fityah yang tak cukup sifat lelaki = Pondan
Fityah yang tak kuat = Orang Tua
Fityah yang tak bersemangat = Juga orang tua
Fityah yang tak mampu buat keputusan = Lelaki dayus!!
Fityah yang tak mampu berjuang = Lelaki penakut....
Kerana itu Allah memilih Fityah dalam kisah ini, bukan Syabaab dan bukan Rijaal dan bukan Pemuda2 Picisan..
Maka, oleh yang demikian... Ingat lah ikhwah fillah sekelian... Bahawa jika kita berumur 10, 20, 30, 40, 60 malah 80 tahun pun, jika kita mempunyai sifat seperti seorang fityah, kita ialah pemuda yang sanggup memikul beban da'wah!!...
Seperti mana kisah Abu Thalhah....
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan