Halaman

Sabtu, 6 Ogos 2011

Besarnya Jalan Da'wah Ini...

Salam ikhwah fillah...

Cikgu baru selesai sempurna daurah murabbi di Masjid Putra, Putrajaya...

Sungguh hebat, sungguh jelas apa yang telah cikgu dapat dari daurah ini... Disini ingin cikgu kongsikan sedikit ilmu yang cikgu dapat...

Ikhwah fillah,

Dalam Al Quran Allah SWT telah berfirman (sila lihat Al Quran untuk baca dengan berbaris):
 
يسبح لله ما في السماوات وما في الأرض الملك القدوس العزيز الحكيم 1  


هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضلال مبين 2



Maksudnya:  

Sentiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, yang Maha Berkuasa, Maha Suci, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana... (Al Jum'ah:1).. 

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al Jum'ah:2)..

Post cikgu kali ini, akan membicarakan perkataan - perkataan yang berwarna merah... Insya Allah...

Benarlah kata - kata Allah yang maha suci ini... Jelas dalam ayat ini, Allah memberitahu kepada kita, setiap apa yang berada di langit dari sekecil2 elektron yang bergerak pada PAKSI nya bertasbih pada Allah dengan penuh disiplin dan ketertiban...




Bumi juga berputar pada PAKSI nya bertasbih sentiasa memuji  dan bertasbih kepada Allah dengan penuh ketaatan, 


sehinggalah sebesar2 galaksi di alam ini, sentiasa berputar pada PAKSI nya tanpa ada salah sedikit pun dan tanpa ada sebarang keengkaran kepada Allah. Itulah maksud dari firman Allah seperti ayat di atas.

Inilah yang dimaksudkan dengan  ما = apa2 yang ada, dari sekecil2 elektron, atom, molekul, benda, pepejal, air, pokok, manusia, bumi, planet, matahari, milky way sehinggalah sebesar2 Arasy Allah sentiasa bertasbih kepada Allah tanpa henti dan jemu. 

Subhanallah, hebatnya ciptaan2 Allah ini...

Dua persoalan yang timbul disini:

1. Jika dilihat pada ayat yang kedua. Mengapa tiba2 Allah SWT bercerita mengenai tugas seorang Rasul selepas diterangkan tentang bertasbihnya seluruh makhluq pada Allah?.. Apa kaitan nya?..

2. Di dalam ayat diatas terdapat 4 nama - nama Allah yang Maha Hebat lagi Agung. Secara kebiasaannya, Allah SWT banyak mengakhirkan kalimah2nya dengan 1 atau 2 namaNya yang indah, akan tetapi, ayat ini sungguh indah kerna dihiasi dengan 4 nama - nama Allah sekaligus: 1. Al Maalik, 2. Al Quddus, 3. Al 'Aziz dan 4. Al Hakiim....


Kenapa ya??..

Ikhwah fillah,

Persoalan ini adalah persoalan yang besar. Yang melibatkan tugas dan kerja kita sebagai manusia dan hamba Allah. Baiklah, jom kita lihat persoalan yang pertama diatas:

1. Tiada satu makhluq pun di alam ciptaan Allah ini yang tidak bertasbih kepada Allah. Kerana itu Allah menggunakan 'Fe'il Mudhari'' kalimah   يسبح , atau 'Present Tense' dalam Bahasa Inggeris yang membawa maksud, semua makhluq sentiasa bertasbih dulu, kini dan selamanya. Akan tetapi, ada satu makhluq Allah, yang sering lupa dan alpa untuk bertasbih kepadanya... Iaitu lah kita, MANUSIA...

Kerana itulah manusia diutus seorang Rasul, untuk memberi peringatan kepada seluruh manusia supaya kembali kepada PAKSI nya, PAKSI yang semua makhluq bertasbih mengingat Allah... Cara nya bagaimana?.. ada pada jawapan persoalan yang kedua.

2. Ini menunjukkan kebesaran2 Allah. Juga menunjukkan bahawa, kerja mengembalikan manusia kepada paksinya supaya ingat dan bertasbih kepada Allah adalah kerja, tugas, assignment dan projek yang besar dan mega!!.. kerana itu Allah meletakkan 4 nama - nama Nya sekaligus.

Allah tidak pernah lupa pada hambanya. Kerana itu kita memerlukan 4 sifat Allah ini sebagai menjadi kekuatan kepada kita untuk mengajak manusia kembali kepada PAKSI nya bersama makhluq2 Allah yang lain. Ini menunjukkan kita hanya mengharap 100% kepada Allah dalam berda'wah.

Kerana itu Allah letakkan perkataan   هو= Dia, nak menunjuk kepada kita, perlunya kebergantungan kita kepada Allah adalah total tidak mengharap selain dari Allah. Jadi bagaimana mahu berda'wah?.. ada solusi nya pada ayat Allah seterusnya:


 يتلو عليهم 

= membacakan keatas mereka ayat2 Allah...Ini adalah cara yang pertama, pembacaan ini perlu kepada sifat Allah iaitu Al Maliik= Allah Yang Maha Menguasai, bemakna Allah sebagai 'sumber' utama dalam berda'wah. Setiap halaqah, liqa dan berbagai sarana da'wah mesti berorientasikan sumber dari Allah, iaitu Al Quran.

Oleh itu, dari ayat di atas membaca Al Quran harus dalam keadaan yang 'Aali (Tinggi dan mulia). Membaca dengan ilmu yang lengkap, hati dan niat yang suci dan jauh dari hati yang lalai dan lupa kepada Allah. Barulah da'wah menjadi.

 يزكيهم

=  menyucikan mereka, Ini adalah cara yang kedua, iaitu pembacaan ayat2 Allah tadi memberi kesan yang mendalam kepada hati manusia sehingga hati mereka suci dan dapat menerima da'wah kita. Apa kaitan cara kedua ini dengan sifat Allah yang 4 tadi?..

Ya, benar... Cara ini memerlukan sifat Allah iaitu Al Quddus = Maha Suci, dari Allah lah penyucian hati itu berlaku. Hanya Allah sahaja yang dapat menyucikan hati2 manusia dari segala kekotoran dan kema'siatan. Walau banyak mana pun, sehebat manapun dan menangis2 mana pun peserta da'wah kita ketika membuat 'muhasabah' atau 'raw call', tanpa ada izin dari Allah yang Maha Suci, tak kan suci hati ini dari mengingatiNya...

يعلمهم الكتاب

= ayat ini jelas menunjukkan cara berda'wah yang ketiga. Iaitu mengajar Al Kitab ( Al Quran). Dan cara ini amat memerlukan sifat Allah iaitu, Al 'Aziiz = Allah Maha Perkasa, supaya Allah bisa mengangkat darjat orang2 yang mengajar ilmu2 Al Quran dengan sifat perkasanya Allah. Dan da'wah kita sampai pada tujuan.


الحكمة

= perkataan ini telah menjadi cara yang terakhir untuk berda'wah. Perkataan ini membawa maksud, Sunnah Rasul sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn Umar. Da'wah perlu pada manualnya iaitu Al Quran dan Sunnah Rasul. Jika kita lari dari 4 cara ini, sudah pasti gerakan2 da'wah kita adalah menyimpang dan sesat sebagaimana yang Allah jelaskan pada ayat terakhir 

ضلال مبين

 = kesesatan yang nyata. Kadang2 kita merasa da'wah kita selamat tanpa ada masalah, rupa2 nya apabila dirujuk kembali kepada ayat2 Allah ini, ia masih tidak perlu dan perlu dikoreksi lagi....


Ikhwah fillah, Allah telah meberi kita tugas dan kerja dalam da'wah... Inilah satu - satunya cara yang Allah kehendaki, cara yang Nabi bawa... Apa perlunya kita mencari - cari cara yang lain selain dari cara berda'wah ini?...


Apa perlunya kita membawa bendera2 sebelum mengenalkan manusia dan mengembalikan manusia kepada paksi2 sekalian makhluq bertasbih tadi?... Apa kah perlu untuk mengambil selain dari cara Allah?... 

Fikirkan ikhwah fillah.... sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan