Salam Buat semua pembaca budiman...
Alhamdulillah, cikgu berkesempatan pergi ke Pesta Buku di SACC Convention Centre di Shah Alam... Sangat meriah, dan byk pula manfaat nya...
Alhamdulillah, memang hobi cikgu dari kecil lagi, suka membaca dan mengumpul buku (buat masa sekarang dah 3 kabinet buku, itupun byk buku yg melimpah2 lagi).. Cikgu suka kumpul buku - buku agama (terutama bidang hadith, tarbiyyah dan sirah nabi) selain dari buku2 berupa fiksyen...
Semalam adalah hari terakhir pameran tersebut, cikgu sempat juga memborong beberapa buku yang cukup menarik dan sangat ilmiah. Antaranya:
1. Misteri Firaun Musuh Para Nabi karya Dr Afareez Abd Razak Al Hafiz (303 muka surat) - Mula nampak buku ini, cikgu dah jatuh cinta...
2. Tafsir Juzu' 'Amma terbitan dari Indonesia - cikgu hadiahkan buat Ibu tersayang. (Untuk abah nanti cikgu belikan yg spesial punya... I.allah!!)
3. Fiqh Sirah 2 & 3 karya Syeikh Muhammad Sa'id Ramadhan Al Buti - buku ini sangat sesuai lagi cocok untuk baaan dan tatapan para murabbi da'wah. Siri 1 cikgu nak beli tapi dah habis dan lagipun kedai pun dah nak tutup.
4. Majalah Khas sempena Mengenang Asy Syahid Ustaz Hassan Al Banna Rahimahullah- Pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir dan majalah Khas sempena mengenang Asy Syahid Syeikh Ahmad Yasin Rahimahullah - Pengasas Gerakan Hammas di Palestin.
Itulah dunia buku, dunia penuh dengan ilmu dan pengetahuan, seorang insan tanpa ada buku, pastinya akan mundur dan terkebelakang. Buku harus dibaca dan digali. kerana didalamnya ada ilmu. Semakin kita gali, semakin kita tidak tahu dan semakin byk yang kita kena gali.
Itulah sabda Rasulullah yang sempat cikgu petik dari buku 'Misteri Firaun - Musuh Para Nabi'. Sabda Nabi S.A.W:
"Ilmu itu adalah tiga perkara iaitu Al Quran, Sunnah dan 'aku tidak tahu'."
Ini bermakna, jika seseorang itu mengatakan dirinya dah tahu, dah tentu dia tak akan mencari ilmu. Sebab itulah, kita mesti menjadi orang yang tunduk dan merendah diri, jangan merasa diri nie serba tahu dan tunjuk lagak depan orang lain.
Ilmu Allah amat luas, tidak ada batasnya. Cuma kita sahaja yang tak punya ilmu, apalah kira ilmu kita jika nak dibanding dengan ilmu Allah yang maha Agung?..
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.(Al Kahf - 109)
Benarlah kata2 Allah yang Maha Mulia ini...
Persoalannya, apakah kita sudah menyediakan lapisan2 masyarakat yang cintakan ilmu dengan membaca, mengkaji dan mengamalkan apa yang dibacanya??.. Apakah peranan ibu dan ayah bagi memastikan generasi2 yang dilahirkan cinta pada buku dan ilmu?.. Apakah peranan murabbi2 untuk mendidik anak2 tarbiyahnya untuk terus mendalami dan menggali buku2 ilmiah untuk meningkatkan iman dan amal2 islamiy??..
Ayuh kita teruskan usaha membina umat ini, statistik menunjukkan orang Malaysia sangat kurang membaca. Kita lebih suka 'lepak2' dan 'medang2' kosong tanpa bicara soal ilmu dan aplikasinya..rujuk: di sini
Orang muda, jom kite membace sebelum kite hanye dapat mendengar bacaan talkin sahaja nanti... Jom tambahkan ilmu pengetahuan supaya kita tidak ketinggalan.... Orang Kristian dan Yahudi sangat suka tengok kite mundur beb!!...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan