Halaman
▼
Isnin, 18 Julai 2011
Pesan Cikgu Shida - Kalau Berpacaran..
Kesimpulannya, syaithan akan sentiasa dorong diri kita untuk melakukan kejahatan... Itulah masalah kebanyakan remaja kita masa kini, COUPLE...
Mereka merasa COUPLE itu satu kemestian, sedangkan ISLAM melarang demi kerana menjaga hati dan nafsu manusia. Allah sangat kenal kita kerana DIA lah mencipta kita dari TIADA kepada ADA...
هَلۡ أَتَىٰ عَلَى ٱلۡإِنسَـٰنِ حِينٌ۬ مِّنَ ٱلدَّهۡرِ لَمۡ يَكُن شَيۡـًٔ۬ا مَّذۡكُورًا
Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? (Surah Al Insaan: 1)
Apakah dengan ber'couple' kita bisa meraih Redha dan Rahmat Allah??.. Dimana kita mahu letakkan ALLAH di dalam hati jika di dalamnya bersarang WANITA dan PEREMPUAN??..
Ikhwah fillah,
Permasaalahan ini harus dirungkai dan diselesaikan dengan segera kerana remaja dan pemuda kita amat paah dengan masalah COUPLE ini. Ingatlah orang beriman, guna lah istilah apapun, couple, adik angkat, abang angkat, kakak angkat sekalipun, Allah tetap tidak membenarkan kita dekat dengan penzinaan.
Begitulah indahnya Islam, menjaga Umatnya dari sedalam2 hati hinggalah luaran manusia. Mengapa kita jadikan hanya MANUSIA sebagai couple kita sedangkan MANUSIA akan mati suatu hari nanti. Bukankah cinta pada ALLAH adalah cinta sejati??..
Oleh itu, JOM kita COUPLE dengan ALLAH, taatilah perintahNya, turuti kemahuanNya, Ingati dan sebut2 lah Nama2Nya, tatapilah surat cinta dariNya kepada kita (Al Quran)... Itulah COUPLE yang sebenar...
Orang muda, sudah2 lah menjadikan wanita sebagai tujuan hidup... Allah sedang menanti kita untuk kita 'confess' denganNya... Cukup2 lah duniawi yang kita cari, sedang ukhrawi menanti dengan pintu syurga sabagai janji...
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَشَدُّ حُبًّ۬ا لِّلَّهِۗ وَلَوۡ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ إِذۡ يَرَوۡنَ ٱلۡعَذَابَ أَنَّ ٱلۡقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعَذَابِ
Maksudnya: ...sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Al Baqarah: 165).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan